Saturday 30 April 2016

Mimpi #8 : A little piece of Heaven


Mimpi #8 : A little piece of Heaven

Sekali lagi aku muncul dalam ruang dan waktu ini. Aku yakin aku kembali semula ketempat ini. Walaupun suasananya berbeza-beza, namun, aku dapat rasa bahawa aku tetap berada di sini. Sebab aku tak dapat keluar dari sini. Aku cuba, bila aku cuba keluar, aku seolah-olah sedar dari satu tidur yang panjang. Aku menggosokkan mataku beberapa kali. Air tasik di hadapanku bergenang tanpa mengalir. Sesekali, air tasik itu menghasilkan gelombang kecil. Dek kerana gelombang itu sahaja yang wujud, aku dapat kesan ada sesuatu yang lain selain aku di sini. Aku mengekori punca gelombang itu melalui danau yang ada di tepi tasik.
Air tasik tersebut hitam likat. Tidak dapat aku bayangkan andai aku terjatuh ke dalam, mampukah aku keluar dek kerana tiada satu cahaya pun mampu menerobos air tersebut. Seorang lelaki berpelukkan tubuh di atas sebuah batu di tepi tasik. Air matanya mengalir tanpa henti. Wajahnya agak tampan berserta matanya yang agak sempet. Rambutnya yang berwarna emas memantulkan cahaya bulan malam itu.
Namun, air matanya yang mengalir menyebabkan air tasik tersebut berubah menjadi hitam. Legam! Aku tersentak tatkala dia melihat aku. Dia cuba mengelap air matanya dan pintas bangun menghunuskan pisau belati papua yang tersisip kemas dipinggangnya
“Who are you?” dia bertanya sambil menunjukkan riak terkejut. Pisau belatinya cuba dihunus ke arah aku.
Seketika, aku mendengar satu alunan melodi yang menyebabkan aku rasa dejavu seketika.
A Ab F E B [2 kali] Am Cm [2 kali]
Melodi tersebut terus bermain tanpa aku sedar lelaki yang berada di hadapan aku menerkam aku dengan pisau belatinya. Aku terjelepok ke dalam tasik hitam itu bersamanya. Air tasik yang tidak langsung bergelombang menambahkan persoalan dalam benak fikiran aku. Manalah tahu ada makhluk yang lebih ganas di dalam air tasik ini. Aku menggapai untuk ke atas permukaan air semula, malangnya, lelaki tersebut memegang kakiku menyebabkan aku tenggelam ke dasar tasik.
Gelap! Hitam!
Melodi tadi masih dimainkan walaupun telinga aku sudah penuh dengan air tasik yang hitam. Mana melodi ni muncul? Mana ia dimainkan?
Seketika, aku merasakan satu pukulan hebat dari belakangku. Rupanya lelaki tadi sempat melibaskan sekeping papan. Walaupun berada dalam air yang gelap, pergerakkannya seolah-olah berada di atas tanah. Sakit!
Aku terbaring sambil kelopakku melihat dia mengangkat tinggi pisau belatinya cuba menikam aku.
Dm, Cm [2kali] E A , Ab , F , E , B [2kali]
Aku ingat melodi ni. Melodi ini pernah dimainkan oleh seseorang dengan... harpa? Bukan! Piano? bukan! Violin? Gitar! ya! Gitar! Tapi kali ini melodi ini dihasilkan bagai sekumpulan ahli orkestra berada bersama aku. A little piece of heaven!
Tangannya berada tinggi seperti yakin mahu menikam aku. Dari belakang lelaki itu, aku mampu lihat samar-samar sebuah dinding tinggi yang menyebabkan air dalam tasik ini bertakung. Aku keliru. Tanpa membuat apa-apa, aku memejamkan mata. Redha~
“Ya.. Itu yang aku mampu buat... Redha...” getus hatiku meletakkan nyawa aku di atas tangan-Nya YA RABB.
Seketika, satu cahaya muncul dari permukaan air lalu menerangi dasar tasik itu dengan cahayanya. Melodi orkestra tadi hilang serta-merta tatkala lelaki yang berada di atas aku tadi melihat seorang perempuan dalam cahaya tadi muncul.
D F#m Bm A G D Em D A
Aku tahu melodi kali ini. Tajuknya, Anugerah . Ahli Orkestra yang tadi memainkan lagu A little piece of heaven kini memainkan lagu Anugerah.
Lelaki yang berada di atas aku pantas berenang merapati cahaya tadi yang mempunyai seorang gadis. Gadis tersebut hanya berpakaian putih namun sayapnya menyinar berwarna emas. Indah. Tenang. Air yang tadi hitam legam tidak bergelombang, tiba-tiba bergerak mengikuti gelombang melodi tersebut. Dua orang insan yang cuba menghampiri sesama sendiri, lelaki yang menangis air mata hitam dan gadis yang sayap bercahaya kini berpelukkan.
Pisau belati yang tadi ditinggalkan ditepi aku, aku pegang kejap. Dengan sekali lontar, aku membalingkan pisau belati papua mengena tepat ke arah bulu pelepah gadis yang bersayap putih tadi sehingga menyebabkan sehelai pulu pelepah tersebut laju mengenai dinding yang tinggi tersebut. Dengan sekali tikaman, retakan yang berlaku dek pelepah dan pisau belati yang tertacak didinding tersebut menyebabkan dinding tersebut hancur. Air tasik tersebut mula mengalir menerusi dinding tersebut sehingga menyebabkan air tasik itu jernih semula.
Sejernih air puith. Pasangan tadi masih berpelukan. Aku hanya mampu tersenyum. Entah kenapa aku terasa kebahagiaan. Aku rasa tenang, setenang air tasik yang mengalir ini.
“You will hide from everyone, denying you need someone, To exterminate your bones” entah bagaimana mulutku terpacul mengatakan ayat itu kepada lelaki yang mengalirkan air mata hitam tadi. Namun, dia membalas dengan senyuman kepada aku lalu pergi bersama gadis bersayap tadi.
SubhanALLAH. Apakah maksud semua ini? Kenapa kelajuan aku membaling pisau belati papua tersebut sama seperti aku membalingnya di atas udara? Apakah semua ini? Apakah maksud semua ini, Ya ALLAH? Ujian apa pula engkau beri? Kenapa engkau tetap memberi sebuah misteri untuk aku rungkaikan? Kenapa dengan tempat ini?

No comments:

Post a Comment