Saturday 30 April 2016

Antologi DeViL [Dendam : Part 1]


DENDAM : Part 1

AKU melangkah keluar daripada keretaku. Memang benar tempat ini menyimpan pelbagai unsur yang tak ingin aku sebutkan. Tanpa melengahkan masa, aku mengorak langkah memanjat tangga blok itu. Deru angin menggerakkan daun-daun kering yang bertaburan di kawasan bertar antara dua blok itu membuatkan aku ber’flashback’ kisah-kisah di sini. Sesudahnya, aku berdiri tegak di sebuah koridor di aras atas blok itu. Aku tersenyum sendiri. Barangkali gembira, barangkali sedih.
Bayangan hitam mula mengurumuni koridor itu bergerak seolah-olah ada orang sedang melakukan aktiviti di sepanjang koridor itu. Makin lama makin jelas. Wajah-wajah bekas pemilik aras itu ada yang riang, ada yang sedih, ada yang marah kerana kehilangan kasut sukannya. Aku tersenyum lagi. Wajah-wajah pemilik aras itu juga ada juga sibuk menendang-nendang bola di dalam aras walaupun telah berpuluh-puluh kali diharamkan bermain bola ketika berada di aras. Langkahku terhenti benar-benar di hadapan sebuah bilik di aras atas itu. Tanda nama pada pintu bilik itu masih belum terbuang. Jelas kelihatan wajahku bersama tiga lagi penghuni bilik itu. Di bawahnya tertulis nama-nama pemilik bilik itu. Shahekran! Benar! Inilah bilik aku sepanjang dua tahun aku disini.
            Aku tidak memulas tombol pintu. Dengan sekali tolakkan sahaja, pintu itu terbuka sendiri. Aku masuk lalu merapati katil yang berada di hujung sudut kanan. Itulah katilku. Rindu juga bila dapat berduaan bersama katil ini bila hujung minggu. Tersenyum lagi. Barangkali aku memang rindu ‘kenangan’ di sini. Ops! Aku terluah perkataan itu! Aku tak sanggup nak menyatakannya lagi. Pedih!

###

            Aku mengeluarkan sesuatu dari beg galasku. Kemudian, beg itu aku sandangkan di sebelahku. Objek yang aku keluarkan sebentar tadi ialah komputer ribaku yang bernama Lappy. Hehehe... Comelkan? (Macam perempuan pula dah!). Aku menekan butang ON lalu menanggalkan powerbank yang aku sambungkan untuk mengecas laptopku. Jelas terpapar gambar-gambarku ketika berada disini. Aku tersenyum melihat wajah-wajah batch aku. Rindu? Memangku rindu...
            Aku tidak menggerakkan tetikus. Tetapi cursor itu ligat bergerak sendiri di atas skrin laptopku. Bergerak mengikut kehendakku. Terdapat sebuah folder di situ, lalu aku membukanya. Di dalam folder itu, terdapat semua gambar-gambar aku bersama batch aku... Dan juga gambar yang menjadi saksi perubahan aku ini.
            Kenapa?
            Kerana inilah cerita aku... ... ...

###

            Aku terkejut tatkala melihat sekelilingku dipenuhi dengan air. Paras air itu mampu aku katakan bahawa setinggi pinggang aku. Beberapa lolongan kedengaran dari setiap sudut ruang itu. Meraung-raung meminta tolong agar lepaskan mereka.
Air yang tadi hanya paras pinggangku kini mula menenggelamkan aku. Semakin lama semakin tinggi paras air itu. Sehingga satu masa, aku terpaksa menjengket kakiku supaya dapat bernafas. Namun, aku tak tertahan lagi menyebabkan aku tenggelam di dalam air.
Aneh! Memang aneh! Aku tidak lemas di dalam air itu.
Bahkan, aku dapat bernafas di dalam air.
Ini semua tak benar. Itu sahaja yang terlintas di mindaku.
Lolongan minta tolong masih kedengaran di setiap sudut di dalam air. Ruangan yang hampir dipenuhi dengan air tiba-tiba di kerumuni dengan bebayang hitam terpekik meminta tolong. Tetapi mereka tidak dapat merapatiku oleh sebab diriku diterangi cahaya dari atas kepalaku.
Apakah semua ini? Bisik hatiku lagi.

###

            JAM penggera di katilku masih berbunyi memaksa aku untuk membuka mata. Dengan rasa malasnya, aku meletakkan jam itu ke dalam laci. Sangkaku, jam itu tidak akan berbunyi. Tetapi, jam penggera itu berbunyi lebih kuat berbanding berada luar daripada laci.
            Sebal!
            Itulah yang mampu aku luahkan dalam mood yang agak mengantuk. Aku membuka laci semula dan mengambil jam penggera semula. Alhamdulillah! Jam berhenti berbunyi lagi. Aku pun menutup mata semula lalu meletakkan jam penggera di telingaku semula.
            Tiba-tiba...
            Argghhhh!!!!!
            Jam penggera tadi berbunyi setelah beberapa minit berhenti berbunyi. Bingit telingaku melayan karenah jam penggeraku.
Siap kau jam! Main-main ya?. Getus hatiku.
            Aku melemparkan jam penggeraku ke dalam bilik airku dan kedengaran sesuatu berderai sebaik saja jam penggera itu mencecah lantai.
Syukur, Alhamdulillah!!!
            Aku pun sambung meletakkan kepalaku semula di atas bantal. Dan... Tidak semena, ibuku pula sedang laungkan namaku untuk bersiap-siap. Bersiap-siap?
            Tunggu! Hari ni dah tiba ka!!!
            Ya Allah! Cepatnya! Macamana aku boleh lupa!
            Aku mencapai tuala lalu mengorak langkah ke tandas. Dan tiba-tiba, kakiku terpejak sesuatu. Aku tersadung kerana terpijak isi-isi jam penggeraku yang aku lontarkan ke dalam tandas sebentar tadi.
Aduh! Pedih!!! Cobaaan....

###

AKU terhincut-hincut menuruni anak tangga. Ibuku pula sedang menyapukan marjerin di atas kepingan roti. Haruman nasi goreng ibuku sudah menusuk hidungku yang penyek dek terjatuh di bilik air tadi. Bapaku pula sedang bersiap-siap memanaskan enjin. Semua sibuk bersiap-siap ingin menghantar aku ke sebuah sekolah berasrama penuh. Hehehe... Sayang juga depa ye? Tapi, macam nak halau aku je?
Mungkin aku akan jarang menikmati makanan masakan ibuku lagi, mungkin terlalu jarang, mungkin tidak dapat lagi... Hurm... Aku memeluk ibuku dari belakang.
“Assalamualaikum, ibu!!!” Ucapku.
“Walaikumusalam, Arjunaku! Dah mandi?” Tanya ibuku riang walaupun cuba menyorokkan kebenaran bahawa dia akan berpisah dengan aku untuk beberapa tahun.
Tak mengapa ibu, demi Ilmu, kita perlu berjuang sehingga habis-habisan. Tapi... Masalahnya, sekolah asrama yang aku bakal daftar hari ini ialah sekolah asrama yang pernah DIA sekolah. Nasib akukah kerana telah memasuki sekolah itu ketika tingkatan 4?
Aku bermonolog tetapi tidak tahu siapa yang harus menjawab soalan itu.
“Panggil abah, kata kita dah siap. Nanti lambat pula nak daftar Along!” ujar ibuku.
“Baik ibu!” balasku.


###

...Sebuah gurauan yang memutuskan hubungan...

DIA – Shaziq Filaiman. Melalui maklumat yang aku tahu, dia dipindahkan ke sebuah sekolah berasrama penuh yang agak hebat, cemerlang, terbilang, kluster, berintigrasi dan sewaktu dengannya selepas tingkatan tiga. Aku pernah lihat dari foto-foto kawan-kawan dia. Dia telah dinobatkan sebagai pelajar Anugerah Penghormatan Pengetua sempena keputusan ketika Tingkatan tiganya sentiasa maintain straight A. Dan kerana kecemerlangannya itu juga, dia ditawarkan ke sekolah yang lebih baik. Namun, dia... Tetap menjadi penyebab bermulanya perubahan diriku. Perubahan dari beberapa aspek yang mungkin akan sebati dengan diriku.
            Aku mebuka sebuah fail yang khas aku sediakan untuk DIA, Shaziq Filaiman. Rakan karibku yang dulunya aku anggap seorang yang boleh dipercayai. Namun segalanya berubah saat aku mengenali Nur Dahlia ataupun Alia sebagai nama panggilan. Alia diperkenalkan oleh Shaziq Filaiman atau Aiman nama panggilannya. Aiman perkenalkan Alia kerana dia terlalu minatkan Alia. Masa tu darjah berapa baru, darjah enam, dah berfikir tentang cintan-cintun berbagai. Aku pulak masa tu budak nerd, perangai suka sakat orang. Memang kerja aku bergurau memanjang. Tak henti-henti masa tu. Namun, kerana gurauan itulah telah membuatkan aku berubah menjadi seorang yang sentiasa serius. Dan saat aku mula menjejaki sekolah asrama yang PERNAH Shaziq bersekolah, aku dipersoalkan oleh bekas kawan-kawannya.
            “Rilek ar! Kenapa terlalu serius?”
            “Apa ni? Serius je memanjang?”
            “Muka ketat je? Jom ar, aku tenangkan kau dengan fly away!
            Ok! Yang ketiga tu aku tak buat pun sebenarnya walaupun diajak. Sebab apa? Motif aku berada di sekolah berasrama penuh ni adalah untuk ibubapaku! Aku ke sini demi kebahagian mereka. Aku adalah harapan mereka untuk bahagia!

          Sambung semula tentang Shaziq, Shaziq pula merupakan pelajar yang berpengaruh di sekolah aku duduk ni. Kebanyakan pelajar lelaki cuba meniru gayanya yang tampan dan bla bla bla. Aku pun awalnya tak berminat. Hinggalah one day, aku perasan di bilik iron (Kami dibenarkan bawa telefon bimbit dan kalau nak cas telefon, kami cas di bilik iron.) ada satu telefon bimbit yang berdering ada mesej. Aku curi-curi buka dan ternyata mesej itu daripada Shaziq. Aku mengambil nombornya lalu disavekan dalam telefon bimbitku. Kerana apa? Aku ingin menyelesaikan sesuatu yang belum diselesaikan sehingga sekarang.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment