Saturday 30 April 2016

Mimpi #7 : Flightless Bird



Mimpi #7 : Flightless Bird

Aku memerhatikan permandangan yang indah dihadapan aku. Untuk berapa kali aku tidak pasti, permadangan indah kerapkali wujud dalam penglihatan aku. Dekat mana pula badanku kini berada? Ufuk lautan itu jelas kelihatan dari atas gunung ini. Adakah gunung berada betul-betul di tepi pantai?
Dari kejauhan, sekumpulan burung-burung berjalan bersama-sama dengan...
SubhanALLAH. Apa yang baru aku lihat? Beberapa ekor burung dengan empat kaki?
Makhluk apa itu sebenarnya, YA ALLAH? Hatinya sedikit terdetak. Kumpulan burung yang berkaki empat mengepakkan sayapnya. Mengibaskan beberapa kali dan berlalu pergi meninggalkan tempat itu. Kecuali... Seekor burung berkaki empat dengan wajah runsing berjalan sambil kepalanya tertunduk hampir mencecah tanah.
“Kenapa tak terbang?” mulutku lancang berbicara.
Sesekali, matanya melirik ke arah sekumpulan rakan-rakannya yang megah terbang diudara. Sesekali, paru-paruku terasa sejuk dek kerana udara yang dingin di atas bukit ini. Dia merenung aku dengan mata yang tajam. Paruhnya digerakkan beberapa kali. Dengan pantas, paruh itu cuba mematukku. Sempat aku mengelak lantas terjatuh ke tanah. Wajahnya agak sedih dan hiba.
Kenapa dengan kau? Aku merenung tepat ke matanya. Sekilas pandang, burung berkaki empat itu memalingkan wajahnya meninggalkan aku sendirian.
“Tunggu!” jeritku menghentikan langkahnya.
Aku merapatinya lantas memegang paruhnya. Sekali lagi, paruhnya cuba mematuk aku. Aku pantas menjauhkan tanganku. Dengan sekali hembus, aku mengusapkan tanganku di atas paruhnya. Aku memeluknya dengan erat. Jinak betul burung ini.
“Sometime you have to feel pain to know that you're alive...” suaraku sedikit terketar tatkala menyebutkan perkataan ‘Alive’.
Aku memeluk erat burung berkaki empat itu. Baruku sedar, badannya tidak mempunyai sayap yang besar macam rakan-rakannya yang sedang megah menari diudara. Air mataku mengalir melihatnya bersedih. Entah mengapa, dia bersedih, aku turut bersedih. Bagai ada satu frekuensi yang sama digetarkan menyebabkan hati aku juga terketar dengan kesedihannya. Titisan pertama air mata aku jatuh di atas paruh burung di hadapan aku.
Sebuah cahaya berwarna kuning keemasan menyinar tatkala air mata itu mengalir dari paruh ke lidahnya. Seketika, aku terdengar satu gelombang yang tidak pernah aku dengari. Sejurus itu, garis-garis emas mula muncul di bahagian belakang kepak burungnya menyebabkan sayapnya yang kecil menjadi lebih besar dan berwarna keemasan.
SubhanALLAH. Apakah maksud semua ini?
Dia meletakkan paruhnya di atas ubun-ubunku. Terasa satu gelombang terhasil sehingga menyebabkan aku turut rasa kebahagiannya. Burung berkaki empat tadi menghala paruhnya ke belakang menyuruh aku menaikinya. Aku terus menaiki tubuhnya.
Dengan sekali libasan, pokok-pokok yang mati disekeliling mekar dek debu-debu emas yang berterbangan.
“Aku panggil kau... Suey...” mulutku berkata tanpa aku sendiri berfikir.
Dekat mana aku sekarang ni? Kenapa engkau masih belum memberi aku jawapannya, Ya ALLAH? Sesungguhnya, dimanakah aku sebenarnya kini? Mati... Atau Hidup... atau Koma?

No comments:

Post a Comment