Wednesday 20 April 2016

KOMA [Part II]



“Tak apalah. Kalau dalam sebulan lagi, tiada siapa yang tuntut sebagai keluarganya atau sahabatnya, kita terpaksa cabut alat bantuan pernafasan ni. Berdasarkan analisis, organnya semua masih berfungsi.”
“Maksud doktor?”
“Entahlah, tak ada langsung kesan-kesan rosak atau luka. Dalam erti kata lain, komanya ni akan berlarutan. Kita sendiri tak tahu nama sebenarnyakan? Bahkan kita tak tahu latar belakang pesakit ni ada penyakit apa.”
Aku tak ingat mana asal usul aku. Dari mana aku datang? Siapa ibu bapa aku? Semuanya aku tak ingat. Bahkan aku tak tahu nama sebenar aku. Yang aku ingat, aku cuba menghantar beberapa keping sampul.
Setelah perbualan beberapa isu yang agak tidak penting bagi aku, doktor dan jururawat itu meninggalkan sosok tubuh aku seorang diri. Air mata aku mengalir melihat jasad aku yang kaku.
Aku terduduk di sebelah jasad aku. Masih terbelenggu sesuatu difikiran aku.
“Macamana aku nak masuk balik dalam tubuh aku?” desis hatiku.
 “Sebelum kau ada dalam alam awangan ini, kau adalah makhluk yang kejam. Kejam dengan diri sendiri. Kau lupa dengan seruan-Nya. Kau lupa dengan asal usul kau hanya dari keturunan Adam. Walaupun kau dipercayai untuk tadbir dunia kau, tapi kau sia-siakan hidup kau. Kau lupa diri kau itu hanyalah hamba-Nya. Kau hidup kerana-Nya. Hanya dia sahaja yang mampu hidupkan dan matikan kau...” balas sosok berjubah hitam.
“Aku datang untuk ambil engkau. Tapi Dia dah beri kau pilihan. Mahu terus ikut aku... atau teruskan memberimu peluang...”
“Pe.. Peluang?” balasku.
“Wahai manusia!!! Sedarlah sesungguhnya kau telah sesat dari jalan-Nya. Kau sia-siakan hidup kau. Tapi Dia telah beri engkau peluang untuk teruskan hidup...”
“Sememangnya, siapakah aku?”
Makhluk berjubah hitam itu menyentuhkan hujung sabitnya ke dahi aku dan sebuah tayangan tentang diri aku sebelum terkakunya aku di atas katil itu mula ditayangkan.
“Itulah dosa-dosamu, wahai manusia. Sedarlah! Kerana Dia telahpun berikan engkau peluang.”
Adakah aku masih hidup? Adakah aku masih bernafas? Kalau macam tu, kenapa aku masih berada di sini? Macam mana aku nak kembali dalam jasad aku tu?
Tayangan tentang dosa-dosa aku diakhiri dengan dosa yang terakhir aku lakukan. Aku meninggalkan rumah aku mengikuti rakan-rakanku ke sebuah percutian. Aku biarkan ibubapaku meratapi pemergianku ke sebuah misi pendakian bersama rakan-rakanku. Namun, semasa berlakunya pendakian, aku telah ditolak oleh seorang rakan baikku ke dalam gaung. Beberapa minggu kemudian, seorang ahli orang asli telah menjumpai aku dan melaporkan keadaan aku. Sejak itu, aku tidak sedarkan diri.
 “Jadi, kau datang nak ambil aku?” balas aku.
“Kalau kau mahu, aku boleh saja ambil sekarang...”
“Boleh aku terus tinggal di dunia ni? Aku mahu jumpa ibubapaku.” Balas aku.
“Kalau kau mahu berada disini... Kau perlu cari... Kunci keimanan kau semula. Kembalilah beriman kepada-Nya... Aku diutuskan untuk mengambil kau. Atau dia...”
“Siapa?”
“Lelaki yang tubuhnya melecur. Antara kau dan dia, salah seorang akan ikut aku pulang kepada-Nya...”
Aku menarik nafas seketika. Aku melihat sekeliling wad ICU tersebut. Seketika aku terdetik sesuatu.
Anggota badan aku lengkap. Tiada langsung luka atau cedera pada kulit aku. Tiada satupun masalah kronik. Aku Cuma...
Aku Cuma...
Aku cuma tak berada dalam jasad aku yang sebenar. Aku masih diberi peluang untuk melihat kekurangan orang lain. Tubuh aku hanya tiada roh. Jika nak dibandingkan orang yang berada dalam wad tersebut, semua diberi kesakitan. Tapi aku diberi satu pandangan melihat kekurangan diri aku. Dalam aku melihat kesakitan orang lain, aku makin sedar bahawa aku tak diberi kesakitan apapun.
Aku Cuma diberi peluang untuk teruskan hidup...
“Aku nak teruskan hidup di dunia ini sebagai seorang yang beriman kepada ALLAH SWT...” suaraku agar tergetar di situ...
“Baiklah... Kau boleh kembali ke tubuh kau... Asalkan kau terus beriman kepadanya. Sedarlah, akulah malaikat maut yang sentiasa akan memerhatikanmu. Bila-bila sahaja aku mampu membawa kau dari dunia ni semula dan kau tidak dizinkan untuk pulang ke dunia semula... Kau diberi peluang ini kerana ibumu sentiasa mendoakanmu sentiasa dalam selamat...”
Aku terangguk dalam tangisan.
Aku membaringkan diriku di atas katil dimana jasad aku terbaring. Seketika, tubuhku mula bergerak dan aku mula boleh membangunkan diri aku.
“Nurse! Nurse!!!” jerit aku.
Seorang jururawat mendekati aku.
“Nurse.. Ada telefon?”
Jururawat tersebut bingkas memanggil doktor lalu membawa telefon hospital. Aku pantas meyambar dan mendail nombor telefon ibuku.
Talian di sana diangkat dan aku terus bersuara.
“Assalamualaikum...”
“Mak! Ayah! Maafkan Jalil! Jalil minta maaf sebab dah susahkan mak dan ayah. Jalil tak tahu Jalil ada di mana. Mak dan Ayah tolong ambil Jalil.” Ucapku dalam tangis.
“Jalil! Ya ALLAH! Abang! Anak kita bang. Abang!!!”
 “Mak... Ayah...” Suaraku terketar.
Dalam kekalutan yang terdengar, satu bunyi seretan jelas daripada corong telefon. Sampai satu masa, panggilan telefon terputus.
"Mak! Ayah! Mak dengar tak! Kenapa mak putuskan talian?"
Dari kejauhan, aku nampak sosok berjubah hitam tu lagi. Tetapi, disebelah sisinya. Seorang wanita dan seorang lelaki yang amat aku kenal. Air mata aku mengalir. Aku takut. Aku tak mampu berdiri lalu rebah ke atas lantai ruangan itu. Dalam kerdipan mata aku, tiga sosok tubuh itu menghilang dibawa angin bersama...
Apa aku harus buat...

No comments:

Post a Comment