CAHAYA matahari tidak kelihatan pagi itu. Julia masih bimbang dan resah. Entah kenapa hatinya tidak tenang memikirkan Zakri. Dia membuat keputusan untuk menelefon Zakri sebelum berangkat ke sekolah. Dicapai telefon berjenama 'iPhone' yang berada di atas meja. Tangannya ligat menyentuh skrin telefon. Panggilannya tidak terjawab. Dia berputus asa.
Dia meletakkan semula telefonnya lalu
melangkah keluar dari biliknya. Dia memasuki kereta BMW milik ayahnya. Kereta
itu meluncur keluar dari perkarangan rumah. Julia banyak termenung berbanding
sebelumya.
Setibanya di sekolah, hujan bagai mencurah
tanpa henti. Dia mempercepat langkah ke kelasnya. Diliarkan matanya ke pelusuk
ruang kelasnya. Bayang-bayang Zakri masih tidak kelihatan. Hatinya kecewa. Dia
melangkah ke tempatnya. Dilihat jam pada tangannya. Perutnya tiba-tiba
berkeroncong.
Dia memutuskan untuk ke kantin sementara
pembelajaran belum bermula. Dia melangkah keluar dari kelas. Kakinya pantas
berjalan untuk mengelak dari terkena hujan. Sesampainya di kantin, dia terus ke
arah kaunter untuk memilih hidangan yang tersedia. Tiba-tiba, dia tiada selera
untuk makan. Dia beralih ke hadapan kantin. Entah kenapa dia tidak selera bila
memikirkan masalah itu.
Tidak semena, sebuah bekalan berwarna biru
amat dikenalinya dihulurkan ke arahnya.
"Rindu nasi goreng telur bungkus aku
ke?" ungkap suara yang amat dikenalinya dan dirinduinya kini.
Julia memalingkan mukanya. Benar! Lelaki
itulah yang sedang dirinduinya. Cuma pagi ini, Zakri kelihatan lebih pucat dan
rambutnya kusut.
"Zack! Kenapa tak angkat call
aku?" tanya Julia.
"Mana ada! Kau yang tak angkat call
aku." rungut Zakri.
"Kenapa sedih? Rindu masakan aku
ke?" tanya Zakri lagi.
Julia pantas menganggukkan kepala. Setiap
pagi, pasti Zakri akan memberinya sebungkus nasi goreng bersama telur bungkus.
"Kenapa tak datang dua hari ni?"
tanya Julia tersipu-sipu. Dia berjalan mengiringi Zakri.
" Tak ada apa-apa pun. Cuma aku nak
beritahu ni. Aku mungkin tak hadir ke sekolah minggu ni." balas Zakri.
Julia mengerutkan dahinya. Langkahnya
terhenti. Tidak semena, dia dilanggar dari belakang membuatkan dia
hampir-hampir terjatuh. Pelajar yang melanggarnya mengerutkan dahi. Pelik
melihat perilaku Julia.
"Gila ka apa perempuan ni?" sindir
pelajar itu.
Julia mengendahkan. Dia berjalan mengiringi
Zakri.
"Kau tahu tak aku rindu nasi goreng kau.
Tapi... " perbicaraanya tiba-tiba berhenti.
"Tak apalah." sambung Julia.
Mereka berdua beriringan menuju
ke kelas. Setibanya di kelas, Julia hanya tersenyum melihat Zakri. Hatinya
tiba-tiba terputik perasaan cinta. Dia ingin meluahkan pada Zakri. Tetapi dia
malu.
TAMAT sahaja waktu
pembelajaran, Julia mempercepat langkah mengekori Zakri. Akhirnya dia dapat
berjumpa Zakri. Dia membuat keputusan untuk meluahkan segalanya pada Zakri.
Perkarangan sekolah menjadi sepi. Zakri masih termangu menunggu kehadiran
Julia. bibirnya agak pucat.
"Apa yang kau nak beritahu? Aku kena
cepat ni." beritahu Zakri.
"Aku beritahu kau saja. Tapi aku juga
nak tahu apa reaksi kau. Boleh tak?" tanya Julia.
"hmm... Yelah. Cepat sikit."
"Sebenarnya aku dah lama suka kau. Tapi
aku malu nak luahkan." ungkap Julia.
Zakri hanya tersenyum walaupun bibirnya
pucat. Tidak semena, Shamsuri muncul memegang bahu Julia. Julia kaget. Dia
pantas menoleh kepalanya.
"Nasib baik kau tak balik lagi. Aku ada
surat dari Zakri." beritahu Shamsuri.
Julia mengerutkan dahinya.
"Lah! Aku sedang bercakap dengan
Zakrilah ni." tangannya menunjukkan ke arah belakang.
"kau jangan merepeklah. Mana ada sesiapa
pun."
Julia menolehkan kepalanya. Jelas kosong
sahaja perkarangan sekolah.
"Aik! Tadi aku sedang cakap dengan
Zakri." balas Julia teragak-agak.
Shamsuri menggelengkan kepala. Tangannya
pantas memberikan sepucuk surat kepada Julia. Julia mengambilnya lalu dibaca
isi surat itu.
Kepada
Julia,
Seandainya kau sedang membaca surat ini,
bermakna aku sudah tiada di atas muka bumi ini. Maafkan aku kerana tak boleh
nak buat nasi goreng kepada kau selepas ini. Aku minta maaf kalau ada apa-apa
aku tersilap buat pada kau. Aku sepatutnya beritahu awal-awal pada kau. Tapi
aku tak nak kau sedih. Sebenarnya, aku suruh Shamsuri beri surat ini selepas
aku tak ada.
Aku mengidap barah otak dan
doktor telah mengesahkan aku bakal meninggal bila-bila sahaja. Aku sudah tiada
masa. Jadi, aku utuskan surat ini untuk kau. Maafkan aku sebab tak boleh
ceriakan kau lagi. Maafkan aku jika kau tak dapat merasai nasi goreng aku lagi.
Tetapi tak mengapa. Mungkin DIA lebih menyayangi aku. Aku perlu redha. Dan aku
mahu kau juga meredhai pemergian aku. Aku juga sayang dan mencintai kau.
Semua ini suratan takdir. Jika
bukan kita dijodohkan di dunia, insya-allah kita akan ditakdirkan bertemu di
syurga nanti. Sebelum aku akhiri surat ini, aku minta maaf. Jagalah diri kau.
Jangan lupa tunaikan kewajiban-Nya. Insya-Allah, aku akan doakn orang yang aku
sayang di sini.
Daripada :
Zakri
(chef peribadimu)
Sebaik sahaja selesai membaca surat itu,
lutut Julia tiba-tiba menjadi lemah. Dia terduduk. Matanya mengalirkan air
mata. Hatinya sedih tak berlagu. Tiada apa yang mampu diperkatakan lagi. Dia
amat menyesali dirinya yang tidak mengambil tahu tentang Zakri.
Zakri turut mengalirkan air matanya.
Pakaiannya serba putih. Hatinya kini menjadi tenang. Perlahan-lahan Zakri
hilang bersama sebuah cahaya putih yang berlalu pergi. Tangisan Julia diiringi
hujan renyai. shamsuri cuba memapah Julia ke tempat teduh. Julia terus menadah
tangannya.
'Ya Allah, engkau jagalah Zakri disisi-Mu.
Tempatkanlah dia disisi-Mu.'
Lalu mengalirkan air
mata.
No comments:
Post a Comment