Mimpi #3 :The Owl, The Crow and The Dove
Aku memerhatikan permandangan bukit bukau di hadapan mata aku. Seketika aku memuji kebesaran-Nya kerana telah mencipta satu permandangan yang indah. Cahaya bulan malam itu begitu terang sehingga mampu menerangi kegelapan malam dikawasan perbukitan ini. Seketika aku melirikkan mata ke arah aliran sungai yang mengalir di bawah kaki bukit. Setenang tatkala nama-nama suci Maha Besar disebut dan diseru. Ya ALLLAH, sungguh indah permandangan di sini. Ingin sekali aku tetap berada di sini. Seandainya ini mimpi, biarlah aku terus tertidur melihat begitu besar ciptaan-Mu.
SubhanALLAH. Itu sahaja yang aku mampu ungkapkan.
Udara segar meransangkan otakku. Sejurus itu, seekor burung Hantu, seekor burung Gagak dan seekor merpati putih dari kejauhan terbang menghala ke arah aku.
Beberapa bunyi ngauman dan salakan itu terhenti dek sudah masuk fardhu Subuh. Kedengaran bersahutan azan Subuh dari satu ufuk yang aku rasa tidak jauh daripada sini. Ketiga-tiga ekor burung tadi terus menghinggap dipahaku. Ketiga-tiga ekor burung Gagak, Burung Hantu dan Merpati putih itu melangkah serentak kesebelahku. Setelah tamatnya azan subuh, ketiga-tiga burung itu berada di atas bahu aku. Burung Gagak berada di bahu kiriku, Burung Hantu putih berada di bahu kananku dan Burung Merpati Putih itu berada di leherku mencengkam kuat kolar baju aku. Sejurus itu, ketiga-tiga burung itu mengepakkan sayap mereka lalu menerbangkan aku ke hadapan.
Astaghfirullah! Apakah ini?
Tanpa aku sedar, kakiku kini tidak menjejak tanah. Aku terus dibawa terbang oleh ketiga-tiga ekor burung itu menuju ke arah satu puncuk bukit. Dan jelas dari puncak bukit itu, di penghujung dunia tersebut terdapat sebuah pancaran menandakan pagi bakal tiba. Sekilas dengan itu, silauan matahari menyinari pandangan aku.
Dimana aku sebenarnya sekarang?
No comments:
Post a Comment