Saturday, 30 April 2016

Mimpi #5 : Sunset

Mimpi #5 : Sunset

Pandangan aku yang kabur kini hilang menggantikan pemandangan sebuah masjid yang berwarna putih. Sesekali aku memandang ke kanan dan kiriku tatkala aku merasakan ada dua orang sedang mengikuti aku. Di sebelah kiriku seorang lelaki yang agak rendah dan sebelah kananku seorang perempuan yang sama tinggi dengan aku. Aku tidak cuba menanyakan siapa mereka. Sebaliknya, aku melangkah masuk ke dalam masjid tersebut. Ruangan lantai luar masjid tersebut berbatukan marmar dan kesejukan marmar tersebut jelas menyengat tapak kakiku sehingga mendamaikan hati aku.
SubhanALLAH! Apakah perasaan ini? Tenang hatiku tatkala memijak lantai kaki atas marmar ini. Di sebelah pintu masuk masjid tersebut tiga orang lelaki berserban dan berpakaian putih berborak sesama sendiri. Aku merapati mereka. Dari luar, aku boleh melihat pantulan wajahku di pintu kaca masjid tersebut.
“Assalamualaikum... Boleh saya tanya kat mana saya sekarang?” ucapku.
Mereka bertiga terus lihat aku dengan pandangan yang kosong. Salah seorang daripada mereka bersuara. Tapi... Tiada suara yang keluar.
“Maaf... Saya kat mana?” tanya aku lagi.
Lelaki tadi cuba bercakap. Tapi tiada suara yang keluar. Lelaki bersebelahannya memegang paha lelaki itu sambil mengetap bibirnya. Mereka bertiga memandang aku dengan wajah kosong tapi kekal dengan senyuman. Aku membalas senyuman lalu meninggalkan masjid tersebut. Lelakid an perempuan yang berada di belakang aku masih kekal di situ dengan wajah kosong. Aku melangkah beberapa langkah jauh daripada masjid tersebut dan melihat kedudukan masjid tersebut di atas bukit.
Daripada atas bukit tersebut, aku mampu lihat permandangan bukit bukau yang rendah dari bukit yang mempunyai masjid ini. Jelas terlalu tinggi sehingga menampakkan semua kawasan di bawah.
Ya ALLAH. Apakah ini? Benda apa yang aku baru sahaja lihat?
Bukit-bukau yang sepatutnya dipenuhi pokok-pokok kiini hancur. Ada yang patah. Ada yang hancur. Ada yang terbakar. Ada yang reput.
Mana aku sekarang ni? getus hatiku.
Aku melangkah ke belakang masjid tersebut dan dari situ aku nampak dua buah bukit yang mempunyai lurah ditengahnya. Seorang lelaki cuba menuruni satu bukit dan cuba mendaki bukit di lurah tersebut. Silauan senja tersebut menyebabkan aku tidak nampak wajahnya.
“Hoi!!! Sapa tu!” Jerit aku.
Aku pantas berlari ke arah lurah tersebut cuba mengejar lelaki itu. Sinaran senja tu makin lama makin menjauh. Aku berlari dan berlari dan berlari bagai tiada penghujung.
“Kenapa kau nak kejar lelaki tu?” tanya lelaki dan perempuan yang berada di belakang aku yang setia mengekori aku dari tadi.
Aku berhenti menggapai nafasku yang hilang dek larian tadi. Anehnya kedua-dua lelaki dan perempuan itu tidak sepenat aku. Berpeluh pun tidak.
“If you tried to chase Sunset, when will it get dark?” balas mereka lagi.
Siapa kau berdua? Mana aku sekarang?

No comments:

Post a Comment