Dendam : Part 2
SEHINGGA sekarang itu maksudnya sehingga aku berada di atas katil sambil
membuka kenangan di dalam laptopku.
Argh!!!! Perkataan tu lagi! Aku
bencikannya!!!
Ok! Stop!
Then,
aku macam biasa berada di asrama. Everyday
is too bored! I missed my lappy and all my stuffs while I wasn’t in the
boarding school!!! I want my happy and free life before. Dan setelah tu aku
baru perasan. Aku ke sini bukan kerana ibubapaku yang paksa, tapi aku sendiri
yang tergedik-gedik nak ke sini, katanya nak berdikarilah kan? Ambil kau!
Hahaha!!!
By
the way, Alhamdulillah! Day by day, I found Hikmah of being here. While I am
here, I was fulled by the knowledge, not even the knowledge tu success on the
world, but also Akhirat. (Pergh!!! English
aku tak delah spoil sangat, kan?)
Dah! Melalut pulak dah. Aku memang
suka bergurau, tapi kerana kes tragik itulah aku mula lupa erti gurau. Dan
bermulanya aku di sini, aku mula nampak segalanya.
Cikgu Rashid, ketua warden asrama
aku menampakkan wajahnya di pintu.
“Mereka semua tanya pasal awak,
Ekran. Dan saya tahu awak pasti akan ke
sini.” sebut Cikgu Rashid.
Cikgu Rashid memang baik dengan batch kami. Aku ingat lagi masa aku
sedang berada dalam situasi ‘Abnormal’, dialah yang memberi semangat kepada aku
untuk bertahan disini.
Aku mendiamkan diri dan mataku
seketika terpandang pada arah gambar yang di tangkap ketika berada di tapak
perhimpunan. Ketika itu hari kantin, jadi aku berjual di tapak perhimpunan
bersama beberapa kawan sehomeroomku.
###
MALAM itu aku terpaksa berniaga
untuk hari kantin. Pelik kan? Hari kantin tengah malam? Nak buat macam mana. Actually it’s not Hari Kantin, it’s Hari Keusahawanan. And, here, we almost done many things in
the evening. Selalunya selepas solat Isya’ bersama-sama, kami ada kelas
prep. Memandangkan hari itu hari keusahawanan, homeroom aku cadang nak buat martabak meggi. And since there, aku digelar ‘Martabak Meggi Ekran’.
How
annoyed it is? They did these because of? Because since first day I’m here,
untill now, I’ve never talked to anybody. I’m shut off my mouth. Nak buat
macam mana, aku bukannya suka sangat bergurau semenjak kes itu. Jadi, untuk
mengelakkan gurauan, aku tidak bersosial. Tapi, tak sangka aku tak bersosial
sehingga orang cop aku sombong. Actually,
I’m forgot how to social with others.
Sambung kisah tadi, aku pun di ejek
oleh satu batch aku selama seminggu
lebih dekat sekolah tu. Aku redha. Sebab apa?
“Aku berdiam bukan kerana lemah,
tetapi aku berdiam kerana aku ingin melihat gelagat dan telatah mereka yang
kurang kasih sayang. Aku ingin berkongsi suasana yang mereka anggap kasih
sayang buat mereka, sedangkan mereka salah tanggap tentangnya.”
Petikan itu aku pernah ucapkan kepada adik angkat aku yang kerap bertanya
kenapa aku tidak melawan kata-kata mereka apabila mereka mengutuk aku. Namun,
keadaan menjadi sedikit sulit sebaik sahaja ada dua orang perempuan menulis di
papan putih kelasku. Di papan, tertulis :
Kenapa hampa selalu je memalukan
orang lain? Kesian Ekran bila hampa selalu buat macam tu pada dia. Aku nak bagi
peringatan bagi budak lama, hampa jangan berbangga sangat dan naik kepala buat
sesuka hati hampa. Jangan amalkan seniority. Bagi budak baru, hampa janganlah
ikut contoh buruk dari budak lama. Hampa paham dak?
Begitulah yang tertulis di papan kelas. Setelah selesai membacanya, satu
kelas meng’aim’kan mata mereka
kepadaku.
Dan jelas kedengaran mereka semua saling bisik-berbisik tentang ku. Dan yang
sudah jelas berbisik itu mengatakan aku bermain psikologi dengan budak
perempuan pula. Dan setelah kejadian itu, tiada orang yang ingin bersuara dan
mengulangi gelaran ‘Martabak Meggi Ekran’ lagi. Aku lega.
Tetapi...
Siapakah yang menulis nota-nota itu? Aku belum mengenali
sepenuhnya rakan-rakanku di sekolah baruku ini.
Terutamanya perempuan. Aku tak berani nak tegur mereka semua. Setelah
itu, kejadian ini mula menjadi renggang. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Aku bersyukur kerana tiada siapa yang telah ganggu aku lagi. Hurm... Tetapi,
terasa sedikit banggalah juga bila nama aku disebut satu batch. Sehingga aku jadi popular daripada kalangan guru-guru dan
senior aku yang lain. Bahkan satu sekolah kenal aku masa tu. Tetapi... Aku
masih takkan lupakan seorang perempuan yang telah mendiskriminasi aku. Oleh
sebab apa? Entahlah! Aku pun tak tahu kenapa dengan perempuan tu.
###
“Tahniah kerana telah menjadi presiden kelas 4 Sains 1!” Jerit salah
seorang lelaki dalam kelas aku.
Gila ke apa? Aku? Presiden kelas? Cirit aku dibuatnya! Apa yang patut aku
buat? Bila masa aku setuju semua yang what
the funfair ni? Aku menayangkan muka blur! Memang blur gila!
Kemudian, aku melangkah ke hadapan kelas. Semua masih bersorak. Ini
rancangan mereka nak malukan aku lagikah? Sandiwara apakah ini? Dan dengan
Kerana terpaksa... Aku relakan, aku terima sahaja jawatan sebagai presiden
kelas. Tetapi, dalam pada mereka menyokong aku menjadi presiden kelas, ada
segelintir manusia yang pantang melihat orang lain cuba menjadi sempurna.
Seminggu kemudian, aku diarahkan oleh guru kelas aku, Cikgu Rashid dan
Cikgu Zalikha untuk melantik beberapa orang dalam kelas aku untuk sediakan
organisasi kelas. Aku dengan tidak tahu sesiapa melantik Farisya, Afifah,
Jalil, Irma, Julia dan Isma memandangkan bab-bab mereka dan menghias ni
perempuanlah yang pakar. Jadi, aku melantik empat perempuan, dua lelaki untuk
memikul tanggungjawab ini. Sudah memadai. Ramai-ramai pun buat semak je kan?
Memandangkan dalam tiga hari sahaja cikgu Rashid beri aku peluang itu
menyiapkan organisasi, jadi aku sering bertanya kepada Farisya sama ada dia
sudah siapkan apa yang aku suruh dia buat. Dan ternyata! Petang nanti baru nak
hantar, Farisya dan gengnya masih tidak buat organisasi kelas!
Ya Allah! Kenapa tiba-tiba mereka tak buat lagi ni?
“You jangan ingat you, presiden kelas, you boleh arah I macam-macam! Gila kuasa! Oh,
please! Macam ni ke presiden kelas? You
jangan lupa asal you, you tu baru budak baru tahun ni. I dah lama duduk sini.” Perli Farisya.
Pedih tak? Seniority betullah dia ni! Aku cekik-cekik juga budak yang tak
paham bahasa ni.
“Aku beri tanggungjawab pada kau, untuk kau buat. Bila aku asyik selalu
ingatkan kau masa kelas prep malam, kau marah aku kata aku ni kalut. Lepas tu
kau kata aku gila kuasa? Sekarang ni, siapa yang lantik aku jadi pres? Aku ke?”
Pres itu singkatan untuk Presiden kelas. Menyebalkan lagi melayan karenah
manusia begini.
Farisya menahan malu. Dia melangkah ke belakang kelas dengan gengnya yang
aku tugaskan untuk buat organisasi kelas. Aku meninggalkan kelas beberapa minit
untuk ke tandas. Sebaik aku pulang daripada tandas, aku lihat tiada sesiapa di
dalam kelas kerana sekarang merupakan waktu rehat. Di dalam kelas, hanya
tinggal Farisya, Afifah, Jalil, Julia, Isma dan Irma.
Oh! Lupa nak inform bahawa Irma
dan Isma adalah kembar tak sejantina. Walaubagaimanapun, mereka berdua rapat berada
di sini.
Aku melangkah perlahan dalam kelas tanpa mereka mengetahui kehadiranku di
dalam kelas. Tiba-tiba, aku terdengar perbualan mereka.
“Kau suka ke si Ekran tu?” tanya Jalil.
Aku cam suara mereka. Keningku mula bergerak. Entah kenapa.
“Eei!!! Pleaselah! I tak pernah sokong dia jadi pres kelas
kita. Muka macam monster, ada hati
nak jadi pemimpin kelas kita. Mati hidup balik pun aku tak sanggup!” balas Farisya
dengan angkuhnya.
“Risya... Bukan dia nak pun jawatan dia tu. Geng-geng Putralah yang
tiba-tiba petik nama dia. Aku rasakan, Putra pun nak perkenakan dialah.
Kesiannya Ekran aku tengok.” Petik Afifah.
“Apa? Petik kau cakap? Dia tu budak
baru je. Apa hal si Putra tu nak perkenakan dia?” Jalil sinis berbicara. Tampak
wajahnya memang suka mengumpat orang.
Isma dan Irma tekun membuat tugasannya. Mungkin malas bergosip-gosip.
Mungkin mereka memang begitu. Mungkin... Ah! Berapa banyak mungkin dah!!!
“Fifah, I rasakan, you
ni suka dengan Ekran tu kan?” Tuduh Farisya.
“Aku bukan suka. Tapi aku tengok dia kesian juga. Since kejadian Murtabak meggi tu, aku tengok dia macam pelik je.
Aku cuba nak memahami dia. Dia tu nampak je besar, tinggi dan hidung penyek macam
raksasa yang kau sebut. But, there’s
something makes me want to understand him.” Terang Afifah dengan kerutan
yang berbagai di wajahnya.
Farisya telah menunjukkan anak tekaknya. Seolah-olah ingin muntah.
“Kau ni... Eiii! Macam tu taste
kau.Tolonglah. Geli aku dengar. Mamat tu memang perasan tahu tak.
Mentang-mentang dia tu presiden kelas, macam-macam dia suruh kita buat. Gila
Kuasa betul! Tak apa. Nanti aku ajar dia cukup-cukup. Dia belum tahu aku ni
senior dia.” Jalil pula menambah.
“Jalil! Risya! Stop. Kenapa kau
orang ni such an annoying person.
Mengutuk sana, mengutuk sini. Kau ingat kau sapa nak kutuk orang? Istighfarlah
banyak-banyak!” Tengking Isma dan Irma hampir serentak. Telepati ke apa depa
dua ni?
Aku tidak sengaja tertolak kerusi
plastik menyebabkan kerusi itu menghasilkan bunyi. Mereka yang sedang
menyiapkan organisasi kelas tersentap melihat kehadiran aku yang entah bila
muncul.
“Kau makan apa di kantin tadi? Lama
dah sampai?” tanya Jalil dengan muka dan nada manis gila. Memang minta penerajang
dah kot! Sabar Ekran ooi!
“Aku dari tandas, baru sampai!”
balasku ringkas.
Setelah itu, susasana dalam kelas
menjadi sepi. Aku menantikan masa untuk subjek selepas rehat muncul. Biologi.
Maknanya, aku kena bersiap-siap bawa buku Biologi ke makmal. Aku mengorak
langkah ke belakang kelas di mana mereka sedang berkampung menyiapkan
organisasi kelas. Jelingan Farisya dan Jalil amat tajam. Benci? Sudah pasti dia
benci. Sebal? Aku memang sebal! Tanpa membuang masa, aku mengambil buku
Biologiku lalu meninggalkan kelas untuk ke makmal. Meninggalkan mereka yang
berada di kelas...
###
AKU membuka paparan
gambar kelas aku. Terdapat wajah-wajah yang tersenyum riang penuh dengan
kepalsuan seolah-olah kami telah bersatu. Namun, hakikatnya. Diskriminasi? Pemulauan?
Sindiran? Kutukan? Masih segar diwaktu itu. Kejadian itu membuatkan aku tidak
mudah percayakan sesiapa di sekolah tu selama 2 tahun aku belajar di situ.
Ketika itu, aku sibuk dengan program
5S yang sekolah aku sertai untuk dijadikan budaya di sekolah kami. Hanya
sekolah-sekolah berasrama sahaja dapat menyertai. Jadi, pengetua sekolahku
dengan penuh harapan menyampaikan hasratnya untuk mendapatkan pensijilan 5S.
Apa itu 5S? Asalnya ia diamalkan di syarikat-syarikat Jepun. Amalan ini
menerapkan nilai disiplin di tempat kerja orang Jepun. Seiri, seiton, seiso,
seiketsu, dan shitsuke. Semuanya menerapkan nilai disiplin kepada pelajar.
Disiplin terhadap tempat belajar.
Namun, mampukah aku hadapi dunia
pelajar di sini yang penuh dengan senioriti?
Aku ditugaskan oleh Cikgu Rashid
untuk menerangkan kepada kelas aku apa itu 5S dan mengagihkan tugas untuk
menyiapkan program 5S di dalam kelas. Maka, aku terpaksalah bercakap dengan
mereka, satu kelas di hadapan kelas.
“Aku mohon sangat kau orang dapat bagi
kerjasama yang sepenuhnya. Aku dah sediakan list
tugas untuk kita semua buat seminggu ni. Dalam masa seminggu ni juga, kita kena
siapkan kehendak program 5S.” Itu sahaja yang aku cakap.
Tetapi...
Semua menayangkan wajah berbagai
asam garam. Benci? Rela? Terpaksa? Happy?
Semua ada.
“Ok. Farisya, Jalil, Afifah dan
Julia, hampa tolong sediakan maklumat di papan maklumat depan. Putra, Fadzrul,
Shakir dan Zamri, tolong ambil meja-meja lebih dan bawa ke stor sekolah. Atirah,
Fatin, Fahmi dan Amirah tolong sediakan barang-barang konsep 5S. Yang tu cikgu
Rashid dah sedia. Hampa hanya tolong lekat-lekat dan tampal je. Aku, Izati,
Ghafar, Badri akan tolong sediakan hal-hal tingkap sebab kebersihan tingkap
memang diutamakan dalam pensijilan. Dan penyelarasan susunan dan aturan meja
aku serahkan kepada Hakim, Syafik, Busan dan Dahlan. Yang selebihnya, kau orang
boleh tolong berikan bantuan dalam menyiapkan pensijilan 5S. Sekian. Semua
bolah buat tugasan masing-masing.”
Setelah panjang aku berucap, baru
aku duduk. Letih? Letihlah juga. Seminggu ni minggu persediaan 5S. Memang
sibuklah aku. Semua menjalankan tugas mereka dengan tekun. Kecuali.........
Aku mengorak langkah ke meja Farisya,
Jalil dan Fadzrul dan Putra.
“Kau orang buat apa lagi? Cepatlah!
Lagi cepat kita siap, lagi cepat kita boleh rehat.” Tegur aku.
“Eh! Apasal kalut-kalut ni! Rilek
ar! Serius sangat lah kau ni!” balas Putra.
Aku berdiam.
“Eh! Kau pesal hah? Lantaklah kita
orang nak buat bila. Niat aku, malas nak buat langsung. Sibuk je.” Balas
Farisya pula.
“Bukan macam tu. Tapi ni amanah yang
cikgu bagi aku untuk kita siapkan sekurang-kurangnya minggu ni. Lagipun kita
memang dah mulakan lambat ni. Sedangkan kelas lain dah siap. Sebab mereka semua
sudah pun...” aku berhenti berbicara di situ. Kenapa? Sebab aku rasa mereka tak
mahu dengar perkataan ‘reunite’.
Aku dapat tahu bahawa ada sekelompok
pelajar di sini tak suka dengan kehadiran pelajar baru macam aku. Bahkan!
Mereka inginkan sahabat mereka yang dapat ke sekolah lebih baik itu kekal
bersama mereka di sini.
“Sudah apa?” tanya Putra dengan
kerutan di dahinya.
“Tak ada apa-apa. Tapi macam manapun
aku tak mahu ada suasana di mana semua orang buat kerja, manakala segelintir
bergoyang kaki.” Balasku. Mungkin sinis.
“Goyang kaki? Kami goyang kaki ke
sekarang ni! Kami berbual je. Sibuk je! Kau tu! Aku tengok dari tadi dok
mengarah je. Tak ada pun buat kerja. Nampak sangat gila kuasa.” Perkataan
‘goyang kaki’ ditekankan oleh Jalil! Jelas memang jelas dia mahu malukan aku.
Pelajar dalam kelas yang sibuk
berkemas memalingkan wajah ke arah aku dan mereka berempat. Mencapap? Memang
sekali! Benci? Sudah pasti!
Aku merenung wajah mereka berempat!
Jelas lagi. Kebencian yang disorok di sebalik topeng. Aku memandang ke arah
Farisya.
“Aku bukan gila kuasa! Aku jalankan
tanggungjawab aku. Bukan saja-saja. Tolonglah faham!” balasku.
“Tolong faham kau? Eiii! Tolonglah!
Kau tu yang kena faham kita orang ni. Suka hati je nak mengarah! Kau ni bitch tahu tak. Aku benci tengok muka
kau. Kerja kau mengarah saja! Presiden apa macam tu! Kau yang patut buat semua
kerja ni.” Balas Farisya
“Kau ni menyebok je datang sini. Kami semua happy je sebelum ni. Tapi sebabkan kau dan kawan-kawan kau yang newbei ni, aku terpaksa berpisah dengan
mereka.” Balas Putra pula.
“Selama 3 tahun kami bersama, kau orang punya pasal, mereka semua kena
pindah!” balas Jalil sambil menunjukkan jari telunjuknya kepada aku dan
beberapa budak baru di sekolah itu. Tembakan mereka betalu-talu seperti
kebencian mereka terlalu tinggi terhadap kami!
Sentap gila! Mata aku hampir sahaja berkaca. Sedih? Sudah
pasti! Aku berjalan meninggalkan kelas lalu mengorak langkah ke tandas. Langkahku
tidak jadi ke tandas.
Kolam belakang sekolah. Itulah tempatku meluahkan sedihku
sepanjang di sini.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment