Saturday, 30 April 2016

Sketching

Beberapa hari lepas, aku adalah tengok satu Live-action from manga tajuk BAKUMAN. yang baru je release tahun ni. Sedikit sebanyak, Live action tu bagi motivasi untuk aku mendekatkan diri dengan dunia lukisan, sketching, anime dan potrait. Jadi, aku pun mulakan langkah melukis dan meng'sketch' beberapa yang aku bolej.
Bakuman. Live Action Trailer
"Kalau nak tngk free dan best subs, tngk kt Kissasian.com"

Aku pun teruskan usaha mengisi masa cuti (So-called pengangguran lepas SPM) aku dengan teruskan melukis. Sampai satu masa, inilah hasilnya.
Iron Man
"Muka tu actually muka member aku yang sedang sambut hari lahir pada bulan 4 2016 yang lalu. Memandangkan ia musim Civil War, aku pun ambil idea sketch IronMan. Tapi model muka, aku ambil member aku." 
Credit to : Izzat Dini Farhan(IDF)

Setelah making a deal dengan member aku, IDF, aku pun terus lukis watak Thor pulak. Dengan harapan, aku dapat letak muka aku pulak kat Thor tu. Dalam 6 jam dapat fikir idea dan terus laksanakan lukisan tu. Tapi tahu apa jadi kat Thor aku?

THOR
"Heartbreak gak la tngak lukisan sendiri. Aku cuba usaha sebaik mungkin tapi tiap kali lukis muka, memang tak jadi. Lagi spoil aku lukis."

Aku rasa takat tu dulu la entri hari ini. Kalau ada karya-karya yang aku nak share pun, malam sikit la rasanya. Sekarang ni, nak cari idea melukis lagi. Bye, Assalamualaikum.

Mimpi #8 : A little piece of Heaven


Mimpi #8 : A little piece of Heaven

Sekali lagi aku muncul dalam ruang dan waktu ini. Aku yakin aku kembali semula ketempat ini. Walaupun suasananya berbeza-beza, namun, aku dapat rasa bahawa aku tetap berada di sini. Sebab aku tak dapat keluar dari sini. Aku cuba, bila aku cuba keluar, aku seolah-olah sedar dari satu tidur yang panjang. Aku menggosokkan mataku beberapa kali. Air tasik di hadapanku bergenang tanpa mengalir. Sesekali, air tasik itu menghasilkan gelombang kecil. Dek kerana gelombang itu sahaja yang wujud, aku dapat kesan ada sesuatu yang lain selain aku di sini. Aku mengekori punca gelombang itu melalui danau yang ada di tepi tasik.
Air tasik tersebut hitam likat. Tidak dapat aku bayangkan andai aku terjatuh ke dalam, mampukah aku keluar dek kerana tiada satu cahaya pun mampu menerobos air tersebut. Seorang lelaki berpelukkan tubuh di atas sebuah batu di tepi tasik. Air matanya mengalir tanpa henti. Wajahnya agak tampan berserta matanya yang agak sempet. Rambutnya yang berwarna emas memantulkan cahaya bulan malam itu.
Namun, air matanya yang mengalir menyebabkan air tasik tersebut berubah menjadi hitam. Legam! Aku tersentak tatkala dia melihat aku. Dia cuba mengelap air matanya dan pintas bangun menghunuskan pisau belati papua yang tersisip kemas dipinggangnya
“Who are you?” dia bertanya sambil menunjukkan riak terkejut. Pisau belatinya cuba dihunus ke arah aku.
Seketika, aku mendengar satu alunan melodi yang menyebabkan aku rasa dejavu seketika.
A Ab F E B [2 kali] Am Cm [2 kali]
Melodi tersebut terus bermain tanpa aku sedar lelaki yang berada di hadapan aku menerkam aku dengan pisau belatinya. Aku terjelepok ke dalam tasik hitam itu bersamanya. Air tasik yang tidak langsung bergelombang menambahkan persoalan dalam benak fikiran aku. Manalah tahu ada makhluk yang lebih ganas di dalam air tasik ini. Aku menggapai untuk ke atas permukaan air semula, malangnya, lelaki tersebut memegang kakiku menyebabkan aku tenggelam ke dasar tasik.
Gelap! Hitam!
Melodi tadi masih dimainkan walaupun telinga aku sudah penuh dengan air tasik yang hitam. Mana melodi ni muncul? Mana ia dimainkan?
Seketika, aku merasakan satu pukulan hebat dari belakangku. Rupanya lelaki tadi sempat melibaskan sekeping papan. Walaupun berada dalam air yang gelap, pergerakkannya seolah-olah berada di atas tanah. Sakit!
Aku terbaring sambil kelopakku melihat dia mengangkat tinggi pisau belatinya cuba menikam aku.
Dm, Cm [2kali] E A , Ab , F , E , B [2kali]
Aku ingat melodi ni. Melodi ini pernah dimainkan oleh seseorang dengan... harpa? Bukan! Piano? bukan! Violin? Gitar! ya! Gitar! Tapi kali ini melodi ini dihasilkan bagai sekumpulan ahli orkestra berada bersama aku. A little piece of heaven!
Tangannya berada tinggi seperti yakin mahu menikam aku. Dari belakang lelaki itu, aku mampu lihat samar-samar sebuah dinding tinggi yang menyebabkan air dalam tasik ini bertakung. Aku keliru. Tanpa membuat apa-apa, aku memejamkan mata. Redha~
“Ya.. Itu yang aku mampu buat... Redha...” getus hatiku meletakkan nyawa aku di atas tangan-Nya YA RABB.
Seketika, satu cahaya muncul dari permukaan air lalu menerangi dasar tasik itu dengan cahayanya. Melodi orkestra tadi hilang serta-merta tatkala lelaki yang berada di atas aku tadi melihat seorang perempuan dalam cahaya tadi muncul.
D F#m Bm A G D Em D A
Aku tahu melodi kali ini. Tajuknya, Anugerah . Ahli Orkestra yang tadi memainkan lagu A little piece of heaven kini memainkan lagu Anugerah.
Lelaki yang berada di atas aku pantas berenang merapati cahaya tadi yang mempunyai seorang gadis. Gadis tersebut hanya berpakaian putih namun sayapnya menyinar berwarna emas. Indah. Tenang. Air yang tadi hitam legam tidak bergelombang, tiba-tiba bergerak mengikuti gelombang melodi tersebut. Dua orang insan yang cuba menghampiri sesama sendiri, lelaki yang menangis air mata hitam dan gadis yang sayap bercahaya kini berpelukkan.
Pisau belati yang tadi ditinggalkan ditepi aku, aku pegang kejap. Dengan sekali lontar, aku membalingkan pisau belati papua mengena tepat ke arah bulu pelepah gadis yang bersayap putih tadi sehingga menyebabkan sehelai pulu pelepah tersebut laju mengenai dinding yang tinggi tersebut. Dengan sekali tikaman, retakan yang berlaku dek pelepah dan pisau belati yang tertacak didinding tersebut menyebabkan dinding tersebut hancur. Air tasik tersebut mula mengalir menerusi dinding tersebut sehingga menyebabkan air tasik itu jernih semula.
Sejernih air puith. Pasangan tadi masih berpelukan. Aku hanya mampu tersenyum. Entah kenapa aku terasa kebahagiaan. Aku rasa tenang, setenang air tasik yang mengalir ini.
“You will hide from everyone, denying you need someone, To exterminate your bones” entah bagaimana mulutku terpacul mengatakan ayat itu kepada lelaki yang mengalirkan air mata hitam tadi. Namun, dia membalas dengan senyuman kepada aku lalu pergi bersama gadis bersayap tadi.
SubhanALLAH. Apakah maksud semua ini? Kenapa kelajuan aku membaling pisau belati papua tersebut sama seperti aku membalingnya di atas udara? Apakah semua ini? Apakah maksud semua ini, Ya ALLAH? Ujian apa pula engkau beri? Kenapa engkau tetap memberi sebuah misteri untuk aku rungkaikan? Kenapa dengan tempat ini?

Mimpi #7 : Flightless Bird



Mimpi #7 : Flightless Bird

Aku memerhatikan permandangan yang indah dihadapan aku. Untuk berapa kali aku tidak pasti, permadangan indah kerapkali wujud dalam penglihatan aku. Dekat mana pula badanku kini berada? Ufuk lautan itu jelas kelihatan dari atas gunung ini. Adakah gunung berada betul-betul di tepi pantai?
Dari kejauhan, sekumpulan burung-burung berjalan bersama-sama dengan...
SubhanALLAH. Apa yang baru aku lihat? Beberapa ekor burung dengan empat kaki?
Makhluk apa itu sebenarnya, YA ALLAH? Hatinya sedikit terdetak. Kumpulan burung yang berkaki empat mengepakkan sayapnya. Mengibaskan beberapa kali dan berlalu pergi meninggalkan tempat itu. Kecuali... Seekor burung berkaki empat dengan wajah runsing berjalan sambil kepalanya tertunduk hampir mencecah tanah.
“Kenapa tak terbang?” mulutku lancang berbicara.
Sesekali, matanya melirik ke arah sekumpulan rakan-rakannya yang megah terbang diudara. Sesekali, paru-paruku terasa sejuk dek kerana udara yang dingin di atas bukit ini. Dia merenung aku dengan mata yang tajam. Paruhnya digerakkan beberapa kali. Dengan pantas, paruh itu cuba mematukku. Sempat aku mengelak lantas terjatuh ke tanah. Wajahnya agak sedih dan hiba.
Kenapa dengan kau? Aku merenung tepat ke matanya. Sekilas pandang, burung berkaki empat itu memalingkan wajahnya meninggalkan aku sendirian.
“Tunggu!” jeritku menghentikan langkahnya.
Aku merapatinya lantas memegang paruhnya. Sekali lagi, paruhnya cuba mematuk aku. Aku pantas menjauhkan tanganku. Dengan sekali hembus, aku mengusapkan tanganku di atas paruhnya. Aku memeluknya dengan erat. Jinak betul burung ini.
“Sometime you have to feel pain to know that you're alive...” suaraku sedikit terketar tatkala menyebutkan perkataan ‘Alive’.
Aku memeluk erat burung berkaki empat itu. Baruku sedar, badannya tidak mempunyai sayap yang besar macam rakan-rakannya yang sedang megah menari diudara. Air mataku mengalir melihatnya bersedih. Entah mengapa, dia bersedih, aku turut bersedih. Bagai ada satu frekuensi yang sama digetarkan menyebabkan hati aku juga terketar dengan kesedihannya. Titisan pertama air mata aku jatuh di atas paruh burung di hadapan aku.
Sebuah cahaya berwarna kuning keemasan menyinar tatkala air mata itu mengalir dari paruh ke lidahnya. Seketika, aku terdengar satu gelombang yang tidak pernah aku dengari. Sejurus itu, garis-garis emas mula muncul di bahagian belakang kepak burungnya menyebabkan sayapnya yang kecil menjadi lebih besar dan berwarna keemasan.
SubhanALLAH. Apakah maksud semua ini?
Dia meletakkan paruhnya di atas ubun-ubunku. Terasa satu gelombang terhasil sehingga menyebabkan aku turut rasa kebahagiannya. Burung berkaki empat tadi menghala paruhnya ke belakang menyuruh aku menaikinya. Aku terus menaiki tubuhnya.
Dengan sekali libasan, pokok-pokok yang mati disekeliling mekar dek debu-debu emas yang berterbangan.
“Aku panggil kau... Suey...” mulutku berkata tanpa aku sendiri berfikir.
Dekat mana aku sekarang ni? Kenapa engkau masih belum memberi aku jawapannya, Ya ALLAH? Sesungguhnya, dimanakah aku sebenarnya kini? Mati... Atau Hidup... atau Koma?

Mimpi #6 : Hello, Goodbye and Hello?


Mimpi #6 : Hello, Goodbye and Hello?

Dalam ketenangan senja, aku melangkah penuh sarat keharmonian dalam jiwa. Mungkin orang lain lihat aku gila. Berjalan seorang diri di persisiran pantai. Aku berjalan dan melangkah entah untuk berapa lama. Masih dihurungi ketenangan.
Aku pernah nampak sosok tubuh itu. Betul-betul berada di hujung gigi air tatkala air laut mula menyergahkan diri pada pasir-pasir pantai. Tangannya disilangkan ke belakang.. Matanya tetap menatapi senja di ufuk dunia itu. Angin mula memainkan peranan menerbangkan rambut-rambutnya yang tersisip di kemas disisinya kepalanya walaupun kepalanya botak tengah. Ditanganya, tersisip sebuah bunga teratai putih.
Dia nampak aku berdiri di sini. Dia tersenyum. Aku tak kenal siapa dia. Kepalanya yang botak ditengah memantulkan sinar mentari dari ufuk dunia. Sesekali ia menyilai mataku. Entah kenapa ada sedikit perasaan menyampah dengan orang tua ini. Aku memandang tanganku yang kosong. Aku tersedar sesuatu. Tanpa lelaki itu, aku mungkin tak mampu sampai ketahap ini. Sebuah balang mula muncul ditanganku. Sesekali, lelaki botak tengah itu menghayunkan pergelangan tangannya menyebabkan air laut di hadapannya mula berpusar seperti tali. Tali yang melayang-layang ke serata tempat. Sehinggalah air laut itu bertali memasuki balang yang aku pegang.
“Te... Terima.. Terima kasih...” aku spontan membalas tanpa berfikir.
Seperti tadi, dia hanya tersenyum. Perlahan-lahan dia melangkah ke dalam laut itu. Sehingga air laut menenggelamkannya. Dan perasaan sebak mula menyentuh hati aku.
Permandangan indah ditepi pantai berubah serta-merta menjadi satu pemandangan sungai yang sedang mengalir. Ditebing sungai itu, aku boleh lihat semua rakan sekelasku. Semua rakan batch aku sedang memerhati air sungai tersebut. Bahkan beberapa orang yang aku tidak kenal turut berada di situ. Seolah-olah menanti sesuatu. Semuanya berwajah sugul. Dari hulu sungai, aku boleh lihat sekumpulan bungai teratai yang terapung dari atas air mengalir ke hilir sungai. Kesemua teratai itu berwarna merah jambu. Kecuali.
Kecuali teratai berwarna putih.
Sebak. Sedih. Menyesal. Sayu.
Semua mula hinggap di dalam hati aku tatkala teratai putih itu melepasi aku. Kesemua kesedihan mula serang kalbu aku. Kenapa perasaan ni muncul?
Siapa lelaki botak tengah tadi? Kenapa aku rasa banyak sangat jasa yang telah dia berikan kepada aku? Kenapa semua kelihatan sedih? Balang ni? Air laut ni? Maksud semua ni apa? Dekat mana aku sekarang? Teratai putih tu...
“I met you and now I say Farewell to you. Assalamualaikum...” suara itu bergema...

Mimpi #5 : Sunset

Mimpi #5 : Sunset

Pandangan aku yang kabur kini hilang menggantikan pemandangan sebuah masjid yang berwarna putih. Sesekali aku memandang ke kanan dan kiriku tatkala aku merasakan ada dua orang sedang mengikuti aku. Di sebelah kiriku seorang lelaki yang agak rendah dan sebelah kananku seorang perempuan yang sama tinggi dengan aku. Aku tidak cuba menanyakan siapa mereka. Sebaliknya, aku melangkah masuk ke dalam masjid tersebut. Ruangan lantai luar masjid tersebut berbatukan marmar dan kesejukan marmar tersebut jelas menyengat tapak kakiku sehingga mendamaikan hati aku.
SubhanALLAH! Apakah perasaan ini? Tenang hatiku tatkala memijak lantai kaki atas marmar ini. Di sebelah pintu masuk masjid tersebut tiga orang lelaki berserban dan berpakaian putih berborak sesama sendiri. Aku merapati mereka. Dari luar, aku boleh melihat pantulan wajahku di pintu kaca masjid tersebut.
“Assalamualaikum... Boleh saya tanya kat mana saya sekarang?” ucapku.
Mereka bertiga terus lihat aku dengan pandangan yang kosong. Salah seorang daripada mereka bersuara. Tapi... Tiada suara yang keluar.
“Maaf... Saya kat mana?” tanya aku lagi.
Lelaki tadi cuba bercakap. Tapi tiada suara yang keluar. Lelaki bersebelahannya memegang paha lelaki itu sambil mengetap bibirnya. Mereka bertiga memandang aku dengan wajah kosong tapi kekal dengan senyuman. Aku membalas senyuman lalu meninggalkan masjid tersebut. Lelakid an perempuan yang berada di belakang aku masih kekal di situ dengan wajah kosong. Aku melangkah beberapa langkah jauh daripada masjid tersebut dan melihat kedudukan masjid tersebut di atas bukit.
Daripada atas bukit tersebut, aku mampu lihat permandangan bukit bukau yang rendah dari bukit yang mempunyai masjid ini. Jelas terlalu tinggi sehingga menampakkan semua kawasan di bawah.
Ya ALLAH. Apakah ini? Benda apa yang aku baru sahaja lihat?
Bukit-bukau yang sepatutnya dipenuhi pokok-pokok kiini hancur. Ada yang patah. Ada yang hancur. Ada yang terbakar. Ada yang reput.
Mana aku sekarang ni? getus hatiku.
Aku melangkah ke belakang masjid tersebut dan dari situ aku nampak dua buah bukit yang mempunyai lurah ditengahnya. Seorang lelaki cuba menuruni satu bukit dan cuba mendaki bukit di lurah tersebut. Silauan senja tersebut menyebabkan aku tidak nampak wajahnya.
“Hoi!!! Sapa tu!” Jerit aku.
Aku pantas berlari ke arah lurah tersebut cuba mengejar lelaki itu. Sinaran senja tu makin lama makin menjauh. Aku berlari dan berlari dan berlari bagai tiada penghujung.
“Kenapa kau nak kejar lelaki tu?” tanya lelaki dan perempuan yang berada di belakang aku yang setia mengekori aku dari tadi.
Aku berhenti menggapai nafasku yang hilang dek larian tadi. Anehnya kedua-dua lelaki dan perempuan itu tidak sepenat aku. Berpeluh pun tidak.
“If you tried to chase Sunset, when will it get dark?” balas mereka lagi.
Siapa kau berdua? Mana aku sekarang?

Mimpi #4 : BlurryFace


Mimpi #4 : BlurryFace

Aku terjaga dari satu tidur yang agak lama aku rasa. Entahlah berapa lama sudah aku tidur. Beberapa kali aku cuba ingat namun tiada satupun aku ingat. Melainkan...
Aku cuma ingat satu hal. Lelaki yang kini berada di hadapan aku. Pernah satu ketika, aku berjumpa dengannya dalam pandangan ini juga. Tapi... Wajahnya kabur. Aku cuba melihat dengan lebih dalam siapa dia. Beberapa kali aku cuba tonyoh kelopak mata aku. Tiada perubahan. Wajahnya tetap kabur dan tidak jelas. Dia merapati aku lalu menolak aku ke belakang sehingga aku terjatuh.
Tiba-tiba, satu longgokan tanah yang entah daripada mana muncul bagai tanah runtuh menimbus lelaki itu. Sebelum lelaki itu tertimbus, aku sempat melihat tahi lalat pada lehernya. Lelaki ini pernah aku jumpa satu masa dulu. Wajahnya juga kabur. Tetapi. AKu masih belum ingat siapa dia. Kenapa wajah dia kabur? Kenapa dia selamatkan aku daripada tanah runtuh itu?
Aku berganjak beberapa langkah dan terlanggar satu kerusi kayu. Seorang wanita agak tua duduk di bangku kayu tersebut.
“Maaf, mak cik ni siapa?” tanyaku seketika.
Dia melihat aku dengan wajah sugul. Dari arah belakangnya, aku boleh lihat lelaki yang bertahi lalat tadi tertimbus dek tanah runtuh berada disebelahnya. Dalam perkiraan aku, firasat aku kuat menyatakan wanita tua itu mak kepada lelaki yang bertahi lalat dilehernya. Mungkin lebih bagus buat masa sekarang aku gelar lelaki bertahi lalat dilehernya bernama ‘Blurry Face’.
Blurry Face melambaikan dan menggoyangkan tapak tangannya di hadapan mak cik tua ini. Jelas hanya aku saja yang boleh lihat Blurryface. Mak cik tua tersebut mengeluh seketika. Aku bingkas duduk bersebelahan mak cik tua tersebut sambil memerhatikan Blurryface cuba menyentuh mak cik tua tersebut.
“Kenapa mak aku tak nampak aku?” ucap Blurryface.
Aku mengerlingkan mata ke arah mak cik tua tersebut.
“Mak cik tak nampak siapa depan mak cik?” tanyaku
Mak cik tersebut menggelengkan kepalanya lalu menundukkan kepala. Matanya sebenarnya bertentangan dengan Blurry Face. Tapi kenapa dia tak nampak Blurry Face?
Pelik! Aku tak rasa terkejut mahupun sedih akan kemunculan kedua Blurry Face yang kini telahpun selamatkan aku dari tanah runtuh. Bahkan dia sendiri terkorban selamatkan aku dari tanah runtuh itu. Aku bunuh dia ka? Kejap. Siapa kau Blurry Face?

Mimpi #3 :The Owl, The Crow and The Dove


Mimpi #3 :The Owl, The Crow and The Dove

Aku memerhatikan permandangan bukit bukau di hadapan mata aku. Seketika aku memuji kebesaran-Nya kerana telah mencipta satu permandangan yang indah. Cahaya bulan malam itu begitu terang sehingga mampu menerangi kegelapan malam dikawasan perbukitan ini. Seketika aku melirikkan mata ke arah aliran sungai yang mengalir di bawah kaki bukit. Setenang tatkala nama-nama suci Maha Besar disebut dan diseru. Ya ALLLAH, sungguh indah permandangan di sini. Ingin sekali aku tetap berada di sini. Seandainya ini mimpi, biarlah aku terus tertidur melihat begitu besar ciptaan-Mu.
SubhanALLAH. Itu sahaja yang aku mampu ungkapkan.
Udara segar meransangkan otakku. Sejurus itu, seekor burung Hantu, seekor burung Gagak dan seekor merpati putih dari kejauhan terbang menghala ke arah aku.
Beberapa bunyi ngauman dan salakan itu terhenti dek sudah masuk fardhu Subuh. Kedengaran bersahutan azan Subuh dari satu ufuk yang aku rasa tidak jauh daripada sini. Ketiga-tiga ekor burung tadi terus menghinggap dipahaku. Ketiga-tiga ekor burung Gagak, Burung Hantu dan Merpati putih itu melangkah serentak kesebelahku. Setelah tamatnya azan subuh, ketiga-tiga burung itu berada di atas bahu aku. Burung Gagak berada di bahu kiriku, Burung Hantu putih berada di bahu kananku dan Burung Merpati Putih itu berada di leherku mencengkam kuat kolar baju aku. Sejurus itu, ketiga-tiga burung itu mengepakkan sayap mereka lalu menerbangkan aku ke hadapan.
Astaghfirullah! Apakah ini?
Tanpa aku sedar, kakiku kini tidak menjejak tanah. Aku terus dibawa terbang oleh ketiga-tiga ekor burung itu menuju ke arah satu puncuk bukit. Dan jelas dari puncak bukit itu, di penghujung dunia tersebut terdapat sebuah pancaran menandakan pagi bakal tiba. Sekilas dengan itu, silauan matahari menyinari pandangan aku.
Dimana aku sebenarnya sekarang?

Mimpi #2 : Anáptyxi



MIMPI #2 : Anáptyxi

Aku melihat beberapa bayang-bayang dan kelibat. Kesemuanya cuba mengerumuniku. Salah satu kelibat itu mula menampakkan sosok tubuhnya sebenar. Namun, hanya wajahnya sahaja yang dikaburi, seluruh tubuhnya jelas kelihatan. Terdapat tanda tahi lalat di lehernya. Dalam semua kelibat yang cuba mentertawakan aku, lelaki bertahi lalat dilehernya cuba memberikan genggaman
tangannya. Aku takut.
Sekali lagi, dia menghulurkan tangan tanpa bersuara. Seketika, aku meraih genggamannya. Kesemua kelibat itu terdiam. Aku kini yakin untuk berdiri dan setelah itu, baru aku sedar bahawa ketinggianku adalah paling tinggi di dalam kalangan mereka. Sehinggakan mereka semua terpaksa mendongak untuk melihat aku.
Tiba-tiba, seutas benang emas membelit jari-jemariku dan menghubung kepada semua kelibat yang berada di sekelilingku. Dan dari kejauhan terdapat sekelompok kelibat lagi yang bersambung benang emasnya ke sini. Semakin cuba di lepaskan, benang emas yang menghubungkan dua kelompok itu, semakin erat di tarik. Sehingga suatu masa, benang yang ditarik oleh kedua kelompok itu putus dan benang emas yang berada dalam kelompok aku berdiri ini semakin menebal. Dari kejauhan, aku dapat melihat, kelompok yang terputus talinya tadi hilang di bawa oleh angin gersang itu lagi.
Balutan benang emas itu menebal sehingga menimbus kelompok kelibat yang mentertawakan aku bersama lelaki bertahi lalat di lehernya. Aku menjadi lemas. Sehinggalah aku betul-betul tertimbus bersama mereka.
Siapa mereka sebenarnya?

Antologi DeViL [Dendam : Part 2]



Dendam : Part 2

SEHINGGA sekarang itu maksudnya sehingga aku berada di atas katil sambil membuka kenangan di dalam laptopku.
            Argh!!!! Perkataan tu lagi! Aku bencikannya!!!

            Ok! Stop!
            Then, aku macam biasa berada di asrama. Everyday is too bored! I missed my lappy and all my stuffs while I wasn’t in the boarding school!!! I want my happy and free life before. Dan setelah tu aku baru perasan. Aku ke sini bukan kerana ibubapaku yang paksa, tapi aku sendiri yang tergedik-gedik nak ke sini, katanya nak berdikarilah kan? Ambil kau!
            Hahaha!!!
            By the way, Alhamdulillah! Day by day, I found Hikmah of being here. While I am here, I was fulled by the knowledge, not even the knowledge tu success on the world, but also Akhirat. (Pergh!!! English aku tak delah spoil sangat, kan?)
            Dah! Melalut pulak dah. Aku memang suka bergurau, tapi kerana kes tragik itulah aku mula lupa erti gurau. Dan bermulanya aku di sini, aku mula nampak segalanya.
            Cikgu Rashid, ketua warden asrama aku menampakkan wajahnya di pintu.
            “Mereka semua tanya pasal awak, Ekran. Dan  saya tahu awak pasti akan ke sini.” sebut Cikgu Rashid.
            Cikgu Rashid memang baik dengan batch kami. Aku ingat lagi masa aku sedang berada dalam situasi ‘Abnormal’, dialah yang memberi semangat kepada aku untuk bertahan disini.
            Aku mendiamkan diri dan mataku seketika terpandang pada arah gambar yang di tangkap ketika berada di tapak perhimpunan. Ketika itu hari kantin, jadi aku berjual di tapak perhimpunan bersama beberapa kawan sehomeroomku.

###

            MALAM itu aku terpaksa berniaga untuk hari kantin. Pelik kan? Hari kantin tengah malam? Nak buat macam mana. Actually it’s not Hari Kantin, it’s Hari Keusahawanan. And, here, we almost done many things in the evening. Selalunya selepas solat Isya’ bersama-sama, kami ada kelas prep. Memandangkan hari itu hari keusahawanan, homeroom aku cadang nak buat martabak meggi. And since there, aku digelar ‘Martabak Meggi Ekran’.
            How annoyed it is? They did these because of? Because since first day I’m here, untill now, I’ve never talked to anybody. I’m shut off my mouth. Nak buat macam mana, aku bukannya suka sangat bergurau semenjak kes itu. Jadi, untuk mengelakkan gurauan, aku tidak bersosial. Tapi, tak sangka aku tak bersosial sehingga orang cop aku sombong. Actually, I’m forgot how to social with others.
            Sambung kisah tadi, aku pun di ejek oleh satu batch aku selama seminggu lebih dekat sekolah tu. Aku redha. Sebab apa?
Aku berdiam bukan kerana lemah, tetapi aku berdiam kerana aku ingin melihat gelagat dan telatah mereka yang kurang kasih sayang. Aku ingin berkongsi suasana yang mereka anggap kasih sayang buat mereka, sedangkan mereka salah tanggap tentangnya.”
Petikan itu aku pernah ucapkan kepada adik angkat aku yang kerap bertanya kenapa aku tidak melawan kata-kata mereka apabila mereka mengutuk aku. Namun, keadaan menjadi sedikit sulit sebaik sahaja ada dua orang perempuan menulis di papan putih kelasku. Di papan, tertulis :
Kenapa hampa selalu je memalukan orang lain? Kesian Ekran bila hampa selalu buat macam tu pada dia. Aku nak bagi peringatan bagi budak lama, hampa jangan berbangga sangat dan naik kepala buat sesuka hati hampa. Jangan amalkan seniority. Bagi budak baru, hampa janganlah ikut contoh buruk dari budak lama. Hampa paham dak?
Begitulah yang tertulis di papan kelas. Setelah selesai membacanya, satu kelas meng’aim’kan mata mereka kepadaku.
Dan jelas kedengaran mereka semua saling bisik-berbisik tentang ku. Dan yang sudah jelas berbisik itu mengatakan aku bermain psikologi dengan budak perempuan pula. Dan setelah kejadian itu, tiada orang yang ingin bersuara dan mengulangi gelaran ‘Martabak Meggi Ekran’ lagi. Aku lega.
Tetapi...
Siapakah yang menulis nota-nota itu? Aku belum mengenali sepenuhnya rakan-rakanku di sekolah baruku ini.  Terutamanya perempuan. Aku tak berani nak tegur mereka semua. Setelah itu, kejadian ini mula menjadi renggang. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Aku bersyukur kerana tiada siapa yang telah ganggu aku lagi. Hurm... Tetapi, terasa sedikit banggalah juga bila nama aku disebut satu batch. Sehingga aku jadi popular daripada kalangan guru-guru dan senior aku yang lain. Bahkan satu sekolah kenal aku masa tu. Tetapi... Aku masih takkan lupakan seorang perempuan yang telah mendiskriminasi aku. Oleh sebab apa? Entahlah! Aku pun tak tahu kenapa dengan perempuan tu.



###

            AL-KISAH nak dimulakan masa tu aku baru sahaja selesai kena temuduga dengan abang tingkatan 5(Kena kacaulah maksud aku!). Aku tengah sakit hati masa tu. Kemudian, aku mengorak langkah ke dalam kelas aku. Ketika itu minggu pertama aku dalam kelas di sekolah baruku. Dan tiba-tiba, semua orang menepuk tangan sebaik sahaja aku melangkah ke dalam kelas.
“Tahniah kerana telah menjadi presiden kelas 4 Sains 1!” Jerit salah seorang lelaki dalam kelas aku.
Gila ke apa? Aku? Presiden kelas? Cirit aku dibuatnya! Apa yang patut aku buat? Bila masa aku setuju semua yang what the funfair ni? Aku menayangkan muka blur! Memang blur gila!
Kemudian, aku melangkah ke hadapan kelas. Semua masih bersorak. Ini rancangan mereka nak malukan aku lagikah? Sandiwara apakah ini? Dan dengan Kerana terpaksa... Aku relakan, aku terima sahaja jawatan sebagai presiden kelas. Tetapi, dalam pada mereka menyokong aku menjadi presiden kelas, ada segelintir manusia yang pantang melihat orang lain cuba menjadi sempurna.
Seminggu kemudian, aku diarahkan oleh guru kelas aku, Cikgu Rashid dan Cikgu Zalikha untuk melantik beberapa orang dalam kelas aku untuk sediakan organisasi kelas. Aku dengan tidak tahu sesiapa melantik Farisya, Afifah, Jalil, Irma, Julia dan Isma memandangkan bab-bab mereka dan menghias ni perempuanlah yang pakar. Jadi, aku melantik empat perempuan, dua lelaki untuk memikul tanggungjawab ini. Sudah memadai. Ramai-ramai pun buat semak je kan?
Memandangkan dalam tiga hari sahaja cikgu Rashid beri aku peluang itu menyiapkan organisasi, jadi aku sering bertanya kepada Farisya sama ada dia sudah siapkan apa yang aku suruh dia buat. Dan ternyata! Petang nanti baru nak hantar, Farisya dan gengnya masih tidak buat organisasi kelas!
Ya Allah! Kenapa tiba-tiba mereka tak buat lagi ni?
You jangan ingat you, presiden kelas, you boleh arah I macam-macam! Gila kuasa! Oh, please! Macam ni ke presiden kelas? You jangan lupa asal you, you tu baru budak baru tahun ni. I dah lama duduk sini.” Perli Farisya.
Pedih tak? Seniority betullah dia ni! Aku cekik-cekik juga budak yang tak paham bahasa ni.
“Aku beri tanggungjawab pada kau, untuk kau buat. Bila aku asyik selalu ingatkan kau masa kelas prep malam, kau marah aku kata aku ni kalut. Lepas tu kau kata aku gila kuasa? Sekarang ni, siapa yang lantik aku jadi pres? Aku ke?” Pres itu singkatan untuk Presiden kelas. Menyebalkan lagi melayan karenah manusia begini.
Farisya menahan malu. Dia melangkah ke belakang kelas dengan gengnya yang aku tugaskan untuk buat organisasi kelas. Aku meninggalkan kelas beberapa minit untuk ke tandas. Sebaik aku pulang daripada tandas, aku lihat tiada sesiapa di dalam kelas kerana sekarang merupakan waktu rehat. Di dalam kelas, hanya tinggal Farisya, Afifah, Jalil, Julia, Isma dan Irma.
Oh! Lupa nak inform bahawa Irma dan Isma adalah kembar tak sejantina. Walaubagaimanapun, mereka berdua rapat berada di sini.
Aku melangkah perlahan dalam kelas tanpa mereka mengetahui kehadiranku di dalam kelas. Tiba-tiba, aku terdengar perbualan mereka.
“Kau suka ke si Ekran tu?” tanya Jalil.
Aku cam suara mereka. Keningku mula bergerak. Entah kenapa.
“Eei!!! Pleaselah! I tak pernah sokong dia jadi pres kelas kita. Muka macam monster, ada hati nak jadi pemimpin kelas kita. Mati hidup balik pun aku tak sanggup!” balas Farisya dengan angkuhnya.
“Risya... Bukan dia nak pun jawatan dia tu. Geng-geng Putralah yang tiba-tiba petik nama dia. Aku rasakan, Putra pun nak perkenakan dialah. Kesiannya Ekran aku tengok.” Petik Afifah.
“Apa?  Petik kau cakap? Dia tu budak baru je. Apa hal si Putra tu nak perkenakan dia?” Jalil sinis berbicara. Tampak wajahnya memang suka mengumpat orang.
Isma dan Irma tekun membuat tugasannya. Mungkin malas bergosip-gosip. Mungkin mereka memang begitu. Mungkin... Ah! Berapa banyak mungkin dah!!!
“Fifah, I  rasakan, you ni suka dengan Ekran tu kan?” Tuduh Farisya.
“Aku bukan suka. Tapi aku tengok dia kesian juga. Since kejadian Murtabak meggi tu, aku tengok dia macam pelik je. Aku cuba nak memahami dia. Dia tu nampak je besar, tinggi dan hidung penyek macam raksasa yang kau sebut. But, there’s something makes me want to understand him.” Terang Afifah dengan kerutan yang berbagai di wajahnya.
Farisya telah menunjukkan anak tekaknya. Seolah-olah ingin muntah.
“Kau ni... Eiii! Macam tu taste kau.Tolonglah. Geli aku dengar. Mamat tu memang perasan tahu tak. Mentang-mentang dia tu presiden kelas, macam-macam dia suruh kita buat. Gila Kuasa betul! Tak apa. Nanti aku ajar dia cukup-cukup. Dia belum tahu aku ni senior dia.” Jalil pula menambah.
“Jalil! Risya! Stop. Kenapa kau orang ni such an annoying person. Mengutuk sana, mengutuk sini. Kau ingat kau sapa nak kutuk orang? Istighfarlah banyak-banyak!” Tengking Isma dan Irma hampir serentak. Telepati ke apa depa dua ni?
            Aku tidak sengaja tertolak kerusi plastik menyebabkan kerusi itu menghasilkan bunyi. Mereka yang sedang menyiapkan organisasi kelas tersentap melihat kehadiran aku yang entah bila muncul.
            “Kau makan apa di kantin tadi? Lama dah sampai?” tanya Jalil dengan muka dan nada manis gila. Memang minta penerajang dah kot! Sabar Ekran ooi!
            “Aku dari tandas, baru sampai!” balasku ringkas.

            Setelah itu, susasana dalam kelas menjadi sepi. Aku menantikan masa untuk subjek selepas rehat muncul. Biologi. Maknanya, aku kena bersiap-siap bawa buku Biologi ke makmal. Aku mengorak langkah ke belakang kelas di mana mereka sedang berkampung menyiapkan organisasi kelas. Jelingan Farisya dan Jalil amat tajam. Benci? Sudah pasti dia benci. Sebal? Aku memang sebal! Tanpa membuang masa, aku mengambil buku Biologiku lalu meninggalkan kelas untuk ke makmal. Meninggalkan mereka yang berada di kelas...


###

AKU membuka paparan gambar kelas aku. Terdapat wajah-wajah yang tersenyum riang penuh dengan kepalsuan seolah-olah kami telah bersatu. Namun, hakikatnya. Diskriminasi? Pemulauan? Sindiran? Kutukan? Masih segar diwaktu itu. Kejadian itu membuatkan aku tidak mudah percayakan sesiapa di sekolah tu selama 2 tahun aku belajar di situ.
            Ketika itu, aku sibuk dengan program 5S yang sekolah aku sertai untuk dijadikan budaya di sekolah kami. Hanya sekolah-sekolah berasrama sahaja dapat menyertai. Jadi, pengetua sekolahku dengan penuh harapan menyampaikan hasratnya untuk mendapatkan pensijilan 5S. Apa itu 5S? Asalnya ia diamalkan di syarikat-syarikat Jepun. Amalan ini menerapkan nilai disiplin di tempat kerja orang Jepun. Seiri, seiton, seiso, seiketsu, dan shitsuke. Semuanya menerapkan nilai disiplin kepada pelajar. Disiplin terhadap tempat belajar.
            Namun, mampukah aku hadapi dunia pelajar di sini yang penuh dengan senioriti?
            Aku ditugaskan oleh Cikgu Rashid untuk menerangkan kepada kelas aku apa itu 5S dan mengagihkan tugas untuk menyiapkan program 5S di dalam kelas. Maka, aku terpaksalah bercakap dengan mereka, satu kelas di hadapan kelas.
            “Aku mohon sangat kau orang dapat bagi kerjasama yang sepenuhnya. Aku dah sediakan list tugas untuk kita semua buat seminggu ni. Dalam masa seminggu ni juga, kita kena siapkan kehendak program 5S.” Itu sahaja yang aku cakap.
            Tetapi...
            Semua menayangkan wajah berbagai asam garam. Benci? Rela? Terpaksa? Happy? Semua ada.
            “Ok. Farisya, Jalil, Afifah dan Julia, hampa tolong sediakan maklumat di papan maklumat depan. Putra, Fadzrul, Shakir dan Zamri, tolong ambil meja-meja lebih dan bawa ke stor sekolah. Atirah, Fatin, Fahmi dan Amirah tolong sediakan barang-barang konsep 5S. Yang tu cikgu Rashid dah sedia. Hampa hanya tolong lekat-lekat dan tampal je. Aku, Izati, Ghafar, Badri akan tolong sediakan hal-hal tingkap sebab kebersihan tingkap memang diutamakan dalam pensijilan. Dan penyelarasan susunan dan aturan meja aku serahkan kepada Hakim, Syafik, Busan dan Dahlan. Yang selebihnya, kau orang boleh tolong berikan bantuan dalam menyiapkan pensijilan 5S. Sekian. Semua bolah buat tugasan masing-masing.”
            Setelah panjang aku berucap, baru aku duduk. Letih? Letihlah juga. Seminggu ni minggu persediaan 5S. Memang sibuklah aku. Semua menjalankan tugas mereka dengan tekun. Kecuali.........
            Aku mengorak langkah ke meja Farisya, Jalil dan Fadzrul dan Putra.
            “Kau orang buat apa lagi? Cepatlah! Lagi cepat kita siap, lagi cepat kita boleh rehat.” Tegur aku.
            “Eh! Apasal kalut-kalut ni! Rilek ar! Serius sangat lah kau ni!” balas Putra.
            Aku berdiam.
            “Eh! Kau pesal hah? Lantaklah kita orang nak buat bila. Niat aku, malas nak buat langsung. Sibuk je.” Balas Farisya pula.
            “Bukan macam tu. Tapi ni amanah yang cikgu bagi aku untuk kita siapkan sekurang-kurangnya minggu ni. Lagipun kita memang dah mulakan lambat ni. Sedangkan kelas lain dah siap. Sebab mereka semua sudah pun...” aku berhenti berbicara di situ. Kenapa? Sebab aku rasa mereka tak mahu dengar perkataan ‘reunite’.
            Aku dapat tahu bahawa ada sekelompok pelajar di sini tak suka dengan kehadiran pelajar baru macam aku. Bahkan! Mereka inginkan sahabat mereka yang dapat ke sekolah lebih baik itu kekal bersama mereka di sini.
            “Sudah apa?” tanya Putra dengan kerutan di dahinya.
            “Tak ada apa-apa. Tapi macam manapun aku tak mahu ada suasana di mana semua orang buat kerja, manakala segelintir bergoyang kaki.” Balasku. Mungkin sinis.
            “Goyang kaki? Kami goyang kaki ke sekarang ni! Kami berbual je. Sibuk je! Kau tu! Aku tengok dari tadi dok mengarah je. Tak ada pun buat kerja. Nampak sangat gila kuasa.” Perkataan ‘goyang kaki’ ditekankan oleh Jalil! Jelas memang jelas dia mahu malukan aku.
            Pelajar dalam kelas yang sibuk berkemas memalingkan wajah ke arah aku dan mereka berempat. Mencapap? Memang sekali! Benci? Sudah pasti!
            Aku merenung wajah mereka berempat! Jelas lagi. Kebencian yang disorok di sebalik topeng. Aku memandang ke arah Farisya.
            “Aku bukan gila kuasa! Aku jalankan tanggungjawab aku. Bukan saja-saja. Tolonglah faham!” balasku.
            “Tolong faham kau? Eiii! Tolonglah! Kau tu yang kena faham kita orang ni. Suka hati je nak mengarah! Kau ni bitch tahu tak. Aku benci tengok muka kau. Kerja kau mengarah saja! Presiden apa macam tu! Kau yang patut buat semua kerja ni.” Balas Farisya
“Kau ni menyebok je datang sini. Kami semua happy je sebelum ni. Tapi sebabkan kau dan kawan-kawan kau yang newbei ni, aku terpaksa berpisah dengan mereka.” Balas Putra pula.
“Selama 3 tahun kami bersama, kau orang punya pasal, mereka semua kena pindah!” balas Jalil sambil menunjukkan jari telunjuknya kepada aku dan beberapa budak baru di sekolah itu. Tembakan mereka betalu-talu seperti kebencian mereka terlalu tinggi terhadap kami!

Sentap gila! Mata aku hampir sahaja berkaca. Sedih? Sudah pasti! Aku berjalan meninggalkan kelas lalu mengorak langkah ke tandas. Langkahku tidak jadi ke tandas.
Kolam belakang sekolah. Itulah tempatku meluahkan sedihku sepanjang di sini.

Bersambung...

Antologi DeViL [Dendam : Part 1]


DENDAM : Part 1

AKU melangkah keluar daripada keretaku. Memang benar tempat ini menyimpan pelbagai unsur yang tak ingin aku sebutkan. Tanpa melengahkan masa, aku mengorak langkah memanjat tangga blok itu. Deru angin menggerakkan daun-daun kering yang bertaburan di kawasan bertar antara dua blok itu membuatkan aku ber’flashback’ kisah-kisah di sini. Sesudahnya, aku berdiri tegak di sebuah koridor di aras atas blok itu. Aku tersenyum sendiri. Barangkali gembira, barangkali sedih.
Bayangan hitam mula mengurumuni koridor itu bergerak seolah-olah ada orang sedang melakukan aktiviti di sepanjang koridor itu. Makin lama makin jelas. Wajah-wajah bekas pemilik aras itu ada yang riang, ada yang sedih, ada yang marah kerana kehilangan kasut sukannya. Aku tersenyum lagi. Wajah-wajah pemilik aras itu juga ada juga sibuk menendang-nendang bola di dalam aras walaupun telah berpuluh-puluh kali diharamkan bermain bola ketika berada di aras. Langkahku terhenti benar-benar di hadapan sebuah bilik di aras atas itu. Tanda nama pada pintu bilik itu masih belum terbuang. Jelas kelihatan wajahku bersama tiga lagi penghuni bilik itu. Di bawahnya tertulis nama-nama pemilik bilik itu. Shahekran! Benar! Inilah bilik aku sepanjang dua tahun aku disini.
            Aku tidak memulas tombol pintu. Dengan sekali tolakkan sahaja, pintu itu terbuka sendiri. Aku masuk lalu merapati katil yang berada di hujung sudut kanan. Itulah katilku. Rindu juga bila dapat berduaan bersama katil ini bila hujung minggu. Tersenyum lagi. Barangkali aku memang rindu ‘kenangan’ di sini. Ops! Aku terluah perkataan itu! Aku tak sanggup nak menyatakannya lagi. Pedih!

###

            Aku mengeluarkan sesuatu dari beg galasku. Kemudian, beg itu aku sandangkan di sebelahku. Objek yang aku keluarkan sebentar tadi ialah komputer ribaku yang bernama Lappy. Hehehe... Comelkan? (Macam perempuan pula dah!). Aku menekan butang ON lalu menanggalkan powerbank yang aku sambungkan untuk mengecas laptopku. Jelas terpapar gambar-gambarku ketika berada disini. Aku tersenyum melihat wajah-wajah batch aku. Rindu? Memangku rindu...
            Aku tidak menggerakkan tetikus. Tetapi cursor itu ligat bergerak sendiri di atas skrin laptopku. Bergerak mengikut kehendakku. Terdapat sebuah folder di situ, lalu aku membukanya. Di dalam folder itu, terdapat semua gambar-gambar aku bersama batch aku... Dan juga gambar yang menjadi saksi perubahan aku ini.
            Kenapa?
            Kerana inilah cerita aku... ... ...

###

            Aku terkejut tatkala melihat sekelilingku dipenuhi dengan air. Paras air itu mampu aku katakan bahawa setinggi pinggang aku. Beberapa lolongan kedengaran dari setiap sudut ruang itu. Meraung-raung meminta tolong agar lepaskan mereka.
Air yang tadi hanya paras pinggangku kini mula menenggelamkan aku. Semakin lama semakin tinggi paras air itu. Sehingga satu masa, aku terpaksa menjengket kakiku supaya dapat bernafas. Namun, aku tak tertahan lagi menyebabkan aku tenggelam di dalam air.
Aneh! Memang aneh! Aku tidak lemas di dalam air itu.
Bahkan, aku dapat bernafas di dalam air.
Ini semua tak benar. Itu sahaja yang terlintas di mindaku.
Lolongan minta tolong masih kedengaran di setiap sudut di dalam air. Ruangan yang hampir dipenuhi dengan air tiba-tiba di kerumuni dengan bebayang hitam terpekik meminta tolong. Tetapi mereka tidak dapat merapatiku oleh sebab diriku diterangi cahaya dari atas kepalaku.
Apakah semua ini? Bisik hatiku lagi.

###

            JAM penggera di katilku masih berbunyi memaksa aku untuk membuka mata. Dengan rasa malasnya, aku meletakkan jam itu ke dalam laci. Sangkaku, jam itu tidak akan berbunyi. Tetapi, jam penggera itu berbunyi lebih kuat berbanding berada luar daripada laci.
            Sebal!
            Itulah yang mampu aku luahkan dalam mood yang agak mengantuk. Aku membuka laci semula dan mengambil jam penggera semula. Alhamdulillah! Jam berhenti berbunyi lagi. Aku pun menutup mata semula lalu meletakkan jam penggera di telingaku semula.
            Tiba-tiba...
            Argghhhh!!!!!
            Jam penggera tadi berbunyi setelah beberapa minit berhenti berbunyi. Bingit telingaku melayan karenah jam penggeraku.
Siap kau jam! Main-main ya?. Getus hatiku.
            Aku melemparkan jam penggeraku ke dalam bilik airku dan kedengaran sesuatu berderai sebaik saja jam penggera itu mencecah lantai.
Syukur, Alhamdulillah!!!
            Aku pun sambung meletakkan kepalaku semula di atas bantal. Dan... Tidak semena, ibuku pula sedang laungkan namaku untuk bersiap-siap. Bersiap-siap?
            Tunggu! Hari ni dah tiba ka!!!
            Ya Allah! Cepatnya! Macamana aku boleh lupa!
            Aku mencapai tuala lalu mengorak langkah ke tandas. Dan tiba-tiba, kakiku terpejak sesuatu. Aku tersadung kerana terpijak isi-isi jam penggeraku yang aku lontarkan ke dalam tandas sebentar tadi.
Aduh! Pedih!!! Cobaaan....

###

AKU terhincut-hincut menuruni anak tangga. Ibuku pula sedang menyapukan marjerin di atas kepingan roti. Haruman nasi goreng ibuku sudah menusuk hidungku yang penyek dek terjatuh di bilik air tadi. Bapaku pula sedang bersiap-siap memanaskan enjin. Semua sibuk bersiap-siap ingin menghantar aku ke sebuah sekolah berasrama penuh. Hehehe... Sayang juga depa ye? Tapi, macam nak halau aku je?
Mungkin aku akan jarang menikmati makanan masakan ibuku lagi, mungkin terlalu jarang, mungkin tidak dapat lagi... Hurm... Aku memeluk ibuku dari belakang.
“Assalamualaikum, ibu!!!” Ucapku.
“Walaikumusalam, Arjunaku! Dah mandi?” Tanya ibuku riang walaupun cuba menyorokkan kebenaran bahawa dia akan berpisah dengan aku untuk beberapa tahun.
Tak mengapa ibu, demi Ilmu, kita perlu berjuang sehingga habis-habisan. Tapi... Masalahnya, sekolah asrama yang aku bakal daftar hari ini ialah sekolah asrama yang pernah DIA sekolah. Nasib akukah kerana telah memasuki sekolah itu ketika tingkatan 4?
Aku bermonolog tetapi tidak tahu siapa yang harus menjawab soalan itu.
“Panggil abah, kata kita dah siap. Nanti lambat pula nak daftar Along!” ujar ibuku.
“Baik ibu!” balasku.


###

...Sebuah gurauan yang memutuskan hubungan...

DIA – Shaziq Filaiman. Melalui maklumat yang aku tahu, dia dipindahkan ke sebuah sekolah berasrama penuh yang agak hebat, cemerlang, terbilang, kluster, berintigrasi dan sewaktu dengannya selepas tingkatan tiga. Aku pernah lihat dari foto-foto kawan-kawan dia. Dia telah dinobatkan sebagai pelajar Anugerah Penghormatan Pengetua sempena keputusan ketika Tingkatan tiganya sentiasa maintain straight A. Dan kerana kecemerlangannya itu juga, dia ditawarkan ke sekolah yang lebih baik. Namun, dia... Tetap menjadi penyebab bermulanya perubahan diriku. Perubahan dari beberapa aspek yang mungkin akan sebati dengan diriku.
            Aku mebuka sebuah fail yang khas aku sediakan untuk DIA, Shaziq Filaiman. Rakan karibku yang dulunya aku anggap seorang yang boleh dipercayai. Namun segalanya berubah saat aku mengenali Nur Dahlia ataupun Alia sebagai nama panggilan. Alia diperkenalkan oleh Shaziq Filaiman atau Aiman nama panggilannya. Aiman perkenalkan Alia kerana dia terlalu minatkan Alia. Masa tu darjah berapa baru, darjah enam, dah berfikir tentang cintan-cintun berbagai. Aku pulak masa tu budak nerd, perangai suka sakat orang. Memang kerja aku bergurau memanjang. Tak henti-henti masa tu. Namun, kerana gurauan itulah telah membuatkan aku berubah menjadi seorang yang sentiasa serius. Dan saat aku mula menjejaki sekolah asrama yang PERNAH Shaziq bersekolah, aku dipersoalkan oleh bekas kawan-kawannya.
            “Rilek ar! Kenapa terlalu serius?”
            “Apa ni? Serius je memanjang?”
            “Muka ketat je? Jom ar, aku tenangkan kau dengan fly away!
            Ok! Yang ketiga tu aku tak buat pun sebenarnya walaupun diajak. Sebab apa? Motif aku berada di sekolah berasrama penuh ni adalah untuk ibubapaku! Aku ke sini demi kebahagian mereka. Aku adalah harapan mereka untuk bahagia!

          Sambung semula tentang Shaziq, Shaziq pula merupakan pelajar yang berpengaruh di sekolah aku duduk ni. Kebanyakan pelajar lelaki cuba meniru gayanya yang tampan dan bla bla bla. Aku pun awalnya tak berminat. Hinggalah one day, aku perasan di bilik iron (Kami dibenarkan bawa telefon bimbit dan kalau nak cas telefon, kami cas di bilik iron.) ada satu telefon bimbit yang berdering ada mesej. Aku curi-curi buka dan ternyata mesej itu daripada Shaziq. Aku mengambil nombornya lalu disavekan dalam telefon bimbitku. Kerana apa? Aku ingin menyelesaikan sesuatu yang belum diselesaikan sehingga sekarang.


Bersambung...