Gersangnya tanah ini segersang tanah di Gurun Sahara. Namun, yang peliknya, tak sikit pun rasa bahang hangatnya. Dari kejauhan masih terlukis di kaca mataku sebuah puncak bukit. Aku dapat rasakan sesuatu yang bergegar di tapak kakiku. Tidak kepastian apakah itu. Aku menekup telingaku ke tanah yang berpasir dan gersang ini. Sesekali, pasir di atas daratan itu dibawa oleh angin seperti ribut pasir kecil. Tidak jauh daripadaku, sebuah pusaran angin berpasir yang kecil masih lincah bergerak.
Agak takut juga jika ia mengganas. Aku menyentuh lantai daratan yang aku pijak. Beberapa kali aku mengusap tanah itu. Aku cuba menolak lembut lantai tanah itu dengan tiga jariku ini. Dengan sekali tekan, tanah yang gersang dan berpasir merekah. Perlahan-lahan, kelihatan tanah yang merekah itu ditenggelami air.
Baruku sedar bahawa daratan itu berubah menjadi lautan yang luas. Airnya biru dan segar. Tiada langsung ombak yang tinggi. Hanya alunan ombak yang kecil mengikuti sebuah melodi yang indah. Tenang.
Aku merasakan ketenangan untuk terus berada di sini. Semuanya dipenuhi ketenangan saja. Apakah maksudnya semua ini? Aku berada di mana?
P.s : amacam? best x cerpen ni? actually aku dlm pembikinan nk buat kompilasi... hmmm ak xtaw nk kategori kompilasi ap. tajuk pun mcm haram xbest, kan? xtawla genre ap cerpen2 ni... just bca and enjoy je...(Sukahati akula nk post cerpen apa pun, ak yg nk tulis kan?)
No comments:
Post a Comment