Langkah aku terhenti
tatkala berada di hadapan wad itu. Tersergam luas di atas pintu wad tersebut,
ICU. Aku pun tak pasti apa maksud ICU. Maklumlah, bukan aku nak ambil tahu pun
apa maksudnya. Seketika, sebuah katil beroda diiringi oleh beberapa orang doktor.
Katil itu ditolak memasuki wad ICU dalam keadaan yang cemas.
Getar hatiku suruh ikut sahaja katil
tersebut. Tanpa membuang masa, aku melangkah masuk semula ke dalam ICU. Katil
itu disorong hingga ke hujung wad tersebut. Di dalam wad tersebut, beberapa
orang mengurumuni katil nombor 4. Mata aku tak lekang dari melihat pesakit itu.
Tubuhnya berdarah keseluruhannya. Dari kesan lukanya, aku dapat menganggak luka
itu berpunca daripada sebuah letupan. Seketika, aku ditolak oleh seorang doktor
untuk keluar dari situ. Tirai yang memisahkan setiap katil itu dijadikan
penghadang.
Biasalah katil di hospital kerajaan.
Walaupun wad ICU, ruangannya tak ubah macam wad pembedahan dan wad bersalin.
Bersebelahan katil nombor 4, seorang lelaki tua masih tercungap-cungap dengan
alat bantuan pernafasan dimulutnya. Dari gayanya, aku dapat menganggak bahawa
kakinya telah dipotong. Aku merapati katilnya dan melihat rekod kesihatan
pesakit di atas meja makan pesakit.
“Ah Kook Lew...” bisik hatiku.
Orang Cina agaknya. Sesekali,
matanya yang terpejam seolah-olah cuba membuka kelopaknya. Bacaan yang ada pada
kotak sebelahnya jelas menunjukkan bacaan nadinya. Lemah. Kakinya yang dibalut
kain pembalut luka itu jelas kelihatan darah mengalir.
Apa yang aku tahu tentang lelaki
yang ada dikatil bernombor 5 ini, dia baru sahaja terlibat dalam sebuah
kejadian langgar lari. Kakinya terpaksa dipotong kerana tulangnya telah retak
dan tak mampu dibaikpulih semula. Itulah yang dinyatakan dalam rekod kesihatan
pesakit ini. Aku berjalan mengundur.
Seketika, aku menelan liur aku
sendiri. Aku menoleh ke belakang dan melihat seorang lelaki berbalut wajahnya.
Disebelahnya – mungkin anaknya- sedang setia menanti sehingga lelaki itu sedar.
Aku melihat rekod kesihatan lelaki ini.
“Sulaiman Ishak... Bahagian muka
terbakar disebabkan letupan...” Seketika aku meletakkan selakan rekod itu.
Anak lelakinya melihat rekod
kesihatan yang aku pegang dengan wajah yang terkejut. Aku hanya tersenyum lalu
meninggalkan tempat itu. Aku melangkah ke katil sebelahnya. Papan nama yang
tersangkut di katil seterusnya menunjukkan nama yang agak asing bagi aku.
“Kaputih A/L Bukayu...” Mungkin asal
usulnya dari Sabah atau Sarawak. Dari perwatakannya, lelaki yang bernama
Kaputih ini hanya mengalami luka biasa sahaja.
Rekodnya juga tidak menunjukkannya dia seorang pesakit yang kritikal.
Namun, tidak sampai beberapa minit, seorang jururawat bersama doktor kelam
kabut menggantikan balutan yang ada pada tangannya. Seorang jururawat menarik
tirai yang memisahkan katil sebelahnya.
Aku dapat lihat daripada bawah
balutan tersebut, ulat-ulat keluar melalui lukanya. Aku terdiam seketika. Aku
terpaksa berada di luar ruangan itu apabila jururawat yang menutup tirai itu menutupi
keseluruhan ruang dalamnya.
Aku melangkah ke katil terakhir
derek ini. Seorang pak cik tua yang sedang sesak nafasnya membuka kelopak
matanya. Bacaan nadi pada kotak yang hanya berbunyi ‘beep beep’ itu mula
kencang.
Matanya terbuntang melihat aku. Aku
sempat mengerling ke arah rekod pesakit.
“Haziman Bakar... Sakit tak dikenal
pasti...”
Aku mengerutkan dahi tatkala melihat
reaksinya yang melihat aku. Tangannya cuba mencapai butang merah disebelah
katilnya. Aku cuba mencapai butang itu.
Satu sosok menolak aku dari belakag
menyebabkan aku tersembam ke tepi katil pak cik Hamizan ni. Aku mengusap
kepalaku seketika. Jelas kelihatan dihadapan aku satu sosok berjubah hitam
berterbangan tanpa kaki. Tangannya yang hanya mempunyai rangka tulang memegang
kejap sabit hitam.
Aku bangun membetulkan diri aku. Sosok
hitam itu mengangkat sabit ditangannya. Dengan sekali libasan di kaki pak cik
Hamizan ini, pak cik Hamizan tersebut hilang nafasnya. Dari hujung sabit sosok
tadi, jelas kelihatan satu lagi wajah pak cik Hamizan tergantung. Sosok hitam
itu masih menyembunyikan wajahnya. Ikut perkiraan aku, wajahnya mungkin
berangka seperti skull.
Sosok hitam itu menarik pakcik
Hamizan yang berada di hujung sabit itu lalu dirikan pak cik Hamizan. Tangan
pak cik Hamizan digari seperti pesalah. Sosok itu mengheret pak cik Hamizan
keluar dari wad ICU tersebut tanpa dihiraukan para jururawat yang berada di
kaunter hadapan wad ICU. Aku mengekorinya keluar.
Tiba-tiba, sabit di tangan sosok
tadi tepat mengena dahi aku tapi tidak meninggalkan sebarang luka.
“Waktu kau lambat lagi! Kau tunggu
di sini! Sampai tiba masanya, aku datang hanya untuk membawa kau sekali.”
Beritahu sosok hitam tersebut.
Aku terdiam lalu berpatah balik ke
dalam wad ICU. Aku melihat ke arah jasad pak cik Hamizan yang kini telah
ketiadaan rohnya. Beberapa orang jururawat mengerumuni jasadnya pak cik
Hamizan.
Aku hanya terdiam melihat doktor
pasrah tatkala melihat nadi pak cik Hamizan sudah tiada. Aku terkedu seketika.
Aku mengundur dari situ.
“Hati-hati!!!” jerit seorang
jururawat ke arah aku dan seorang lagi kanak-kanak yang aku agak masih berumur
5 tahun.
Sebuah troli meluncur laju ke arah
kanak-kanak tersebut. Tanpa membuang masa, aku menahan troli tersebut daripada
mengena kanak-kanak tersebut. Aku berdiri sambil menolakkan tangan kanan aku
daripada troli tersebut terus meluncur ke arah kanak-kanak tersebut. Namun...
Troli tersebut melanggar melepasi
aku dan menyebabkan kanak-kanak tersebut tercedera daripada kejadian itu. Aku
terdiam. Aku melihat kedua belah tapak tangan aku. Aku berjalan ke belakang
cuba pergi dari situ. Namun, aku terhenti pada sebuah katil. Entah mengapa
katil tersebut memancar sebuah cahaya menyebabkan aku tertarik hendak melihat
ke situ.
Satu lagi sosok tubuh aku kelihatan
pucat dan tersenyum berada terbaring di atas katil di hadapan aku. Aku merapati
katil tersebut dan meraba katil tersebut. Masih lut. Papan nama yang sepatutnya
tertulis nama aku kelihatan pudar. Rekod kesihatan yang ada pada meja makan
pesakit juga kabur penulisannya. Seolah-olah tidak memberi aku peluang
membacanya.
Seorang doktor merapati katil aku.
“Bagaimana dengan keadaan Ghafar?” tanya doktor tersebut.
“Keadaanya masih stabil. Tapi tak ada tanda-tanda yang menunjukkan dia
bakal sedar dari koma.” Balas jururawat yang menjaga jasad aku.
“Dah cuba contact family atau saudara terdekatnya?”
“Sudah, tapi pihak polis sendiri tak dapat kenal pasti kewujudannya dalam
alamat tu.”
“Maksud awak?”
“Berdasarkan alamat rumah yang tertera pada kad pengenalannya, lokasi
tersebut tak pernah wujud dan namanya juga mungkin bukan nama sebenar.”
“Jadi, mungkin dia pendatang haram?” balas doktor tersebut.
Aku terdiam.
Bersambung...
P/S. : Mcm mana? best? klw nk taw ending dia, nnty ak upload lg. apa yang kau fikir tak semestinya betul. Apa yang kau baca ni, xsemestinya fiksyen... see you later... ASSALAMUALAIKUM.
No comments:
Post a Comment