Thursday, 4 February 2016

Koma [Part I]



Langkah aku terhenti tatkala berada di hadapan wad itu. Tersergam luas di atas pintu wad tersebut, ICU. Aku pun tak pasti apa maksud ICU. Maklumlah, bukan aku nak ambil tahu pun apa maksudnya. Seketika, sebuah katil beroda diiringi oleh beberapa orang doktor. Katil itu ditolak memasuki wad ICU dalam keadaan yang cemas.

            Getar hatiku suruh ikut sahaja katil tersebut. Tanpa membuang masa, aku melangkah masuk semula ke dalam ICU. Katil itu disorong hingga ke hujung wad tersebut. Di dalam wad tersebut, beberapa orang mengurumuni katil nombor 4. Mata aku tak lekang dari melihat pesakit itu. Tubuhnya berdarah keseluruhannya. Dari kesan lukanya, aku dapat menganggak luka itu berpunca daripada sebuah letupan. Seketika, aku ditolak oleh seorang doktor untuk keluar dari situ. Tirai yang memisahkan setiap katil itu dijadikan penghadang.

            Biasalah katil di hospital kerajaan. Walaupun wad ICU, ruangannya tak ubah macam wad pembedahan dan wad bersalin. Bersebelahan katil nombor 4, seorang lelaki tua masih tercungap-cungap dengan alat bantuan pernafasan dimulutnya. Dari gayanya, aku dapat menganggak bahawa kakinya telah dipotong. Aku merapati katilnya dan melihat rekod kesihatan pesakit di atas meja makan pesakit.

            “Ah Kook Lew...” bisik hatiku.

            Orang Cina agaknya. Sesekali, matanya yang terpejam seolah-olah cuba membuka kelopaknya. Bacaan yang ada pada kotak sebelahnya jelas menunjukkan bacaan nadinya. Lemah. Kakinya yang dibalut kain pembalut luka itu jelas kelihatan darah mengalir.

            Apa yang aku tahu tentang lelaki yang ada dikatil bernombor 5 ini, dia baru sahaja terlibat dalam sebuah kejadian langgar lari. Kakinya terpaksa dipotong kerana tulangnya telah retak dan tak mampu dibaikpulih semula. Itulah yang dinyatakan dalam rekod kesihatan pesakit ini. Aku berjalan mengundur.

            Seketika, aku menelan liur aku sendiri. Aku menoleh ke belakang dan melihat seorang lelaki berbalut wajahnya. Disebelahnya – mungkin anaknya- sedang setia menanti sehingga lelaki itu sedar. Aku melihat rekod kesihatan lelaki ini.

            “Sulaiman Ishak... Bahagian muka terbakar disebabkan letupan...” Seketika aku meletakkan selakan rekod itu.

            Anak lelakinya melihat rekod kesihatan yang aku pegang dengan wajah yang terkejut. Aku hanya tersenyum lalu meninggalkan tempat itu. Aku melangkah ke katil sebelahnya. Papan nama yang tersangkut di katil seterusnya menunjukkan nama yang agak asing bagi aku.

            “Kaputih A/L Bukayu...” Mungkin asal usulnya dari Sabah atau Sarawak. Dari perwatakannya, lelaki yang bernama Kaputih ini hanya mengalami luka biasa sahaja.

Rekodnya juga tidak menunjukkannya dia seorang pesakit yang kritikal. Namun, tidak sampai beberapa minit, seorang jururawat bersama doktor kelam kabut menggantikan balutan yang ada pada tangannya. Seorang jururawat menarik tirai yang memisahkan katil sebelahnya.

            Aku dapat lihat daripada bawah balutan tersebut, ulat-ulat keluar melalui lukanya. Aku terdiam seketika. Aku terpaksa berada di luar ruangan itu apabila jururawat yang menutup tirai itu menutupi keseluruhan ruang dalamnya.

            Aku melangkah ke katil terakhir derek ini. Seorang pak cik tua yang sedang sesak nafasnya membuka kelopak matanya. Bacaan nadi pada kotak yang hanya berbunyi ‘beep beep’ itu mula kencang.

            Matanya terbuntang melihat aku. Aku sempat mengerling ke arah rekod pesakit.

            “Haziman Bakar... Sakit tak dikenal pasti...”

            Aku mengerutkan dahi tatkala melihat reaksinya yang melihat aku. Tangannya cuba mencapai butang merah disebelah katilnya. Aku cuba mencapai butang itu.

            Satu sosok menolak aku dari belakag menyebabkan aku tersembam ke tepi katil pak cik Hamizan ni. Aku mengusap kepalaku seketika. Jelas kelihatan dihadapan aku satu sosok berjubah hitam berterbangan tanpa kaki. Tangannya yang hanya mempunyai rangka tulang memegang kejap sabit hitam.

            Aku bangun membetulkan diri aku. Sosok hitam itu mengangkat sabit ditangannya. Dengan sekali libasan di kaki pak cik Hamizan ini, pak cik Hamizan tersebut hilang nafasnya. Dari hujung sabit sosok tadi, jelas kelihatan satu lagi wajah pak cik Hamizan tergantung. Sosok hitam itu masih menyembunyikan wajahnya. Ikut perkiraan aku, wajahnya mungkin berangka seperti skull.

            Sosok hitam itu menarik pakcik Hamizan yang berada di hujung sabit itu lalu dirikan pak cik Hamizan. Tangan pak cik Hamizan digari seperti pesalah. Sosok itu mengheret pak cik Hamizan keluar dari wad ICU tersebut tanpa dihiraukan para jururawat yang berada di kaunter hadapan wad ICU. Aku mengekorinya keluar.

            Tiba-tiba, sabit di tangan sosok tadi tepat mengena dahi aku tapi tidak meninggalkan sebarang luka.

            “Waktu kau lambat lagi! Kau tunggu di sini! Sampai tiba masanya, aku datang hanya untuk membawa kau sekali.” Beritahu sosok hitam tersebut.

            Aku terdiam lalu berpatah balik ke dalam wad ICU. Aku melihat ke arah jasad pak cik Hamizan yang kini telah ketiadaan rohnya. Beberapa orang jururawat mengerumuni jasadnya pak cik Hamizan.

            Aku hanya terdiam melihat doktor pasrah tatkala melihat nadi pak cik Hamizan sudah tiada. Aku terkedu seketika. Aku mengundur dari situ.

            “Hati-hati!!!” jerit seorang jururawat ke arah aku dan seorang lagi kanak-kanak yang aku agak masih berumur 5 tahun.

            Sebuah troli meluncur laju ke arah kanak-kanak tersebut. Tanpa membuang masa, aku menahan troli tersebut daripada mengena kanak-kanak tersebut. Aku berdiri sambil menolakkan tangan kanan aku daripada troli tersebut terus meluncur ke arah kanak-kanak tersebut. Namun...

            Troli tersebut melanggar melepasi aku dan menyebabkan kanak-kanak tersebut tercedera daripada kejadian itu. Aku terdiam. Aku melihat kedua belah tapak tangan aku. Aku berjalan ke belakang cuba pergi dari situ. Namun, aku terhenti pada sebuah katil. Entah mengapa katil tersebut memancar sebuah cahaya menyebabkan aku tertarik hendak melihat ke situ.

            Satu lagi sosok tubuh aku kelihatan pucat dan tersenyum berada terbaring di atas katil di hadapan aku. Aku merapati katil tersebut dan meraba katil tersebut. Masih lut. Papan nama yang sepatutnya tertulis nama aku kelihatan pudar. Rekod kesihatan yang ada pada meja makan pesakit juga kabur penulisannya. Seolah-olah tidak memberi aku peluang membacanya.

Seorang doktor merapati katil aku.

“Bagaimana dengan keadaan Ghafar?” tanya doktor tersebut.

“Keadaanya masih stabil. Tapi tak ada tanda-tanda yang menunjukkan dia bakal sedar dari koma.” Balas jururawat yang menjaga jasad aku.

“Dah cuba contact family atau saudara terdekatnya?”

“Sudah, tapi pihak polis sendiri tak dapat kenal pasti kewujudannya dalam alamat tu.”

“Maksud awak?”

“Berdasarkan alamat rumah yang tertera pada kad pengenalannya, lokasi tersebut tak pernah wujud dan namanya juga mungkin bukan nama sebenar.”

“Jadi, mungkin dia pendatang haram?” balas doktor tersebut.

Aku terdiam. 

Bersambung...



P/S.  : Mcm mana? best? klw nk taw ending dia, nnty ak upload lg. apa yang kau fikir tak semestinya betul. Apa yang kau baca ni, xsemestinya fiksyen... see you later... ASSALAMUALAIKUM.

Mimpi #1 : Logamaya


Mimpi #1 : Logamaya

Gersangnya tanah ini segersang tanah di Gurun Sahara. Namun, yang peliknya, tak sikit pun rasa bahang hangatnya. Dari kejauhan masih terlukis di kaca mataku sebuah puncak bukit. Aku dapat rasakan sesuatu yang bergegar di tapak kakiku. Tidak kepastian apakah itu. Aku menekup telingaku ke tanah yang berpasir dan gersang ini. Sesekali, pasir di atas daratan itu dibawa oleh angin seperti ribut pasir kecil. Tidak jauh daripadaku, sebuah pusaran angin berpasir yang kecil masih lincah bergerak.
Agak takut juga jika ia mengganas. Aku menyentuh lantai daratan yang aku pijak. Beberapa kali aku mengusap tanah itu. Aku cuba menolak lembut lantai tanah itu dengan tiga jariku ini. Dengan sekali tekan, tanah yang gersang dan berpasir merekah. Perlahan-lahan, kelihatan tanah yang merekah itu ditenggelami air.
Baruku sedar bahawa daratan itu berubah menjadi lautan yang luas. Airnya biru dan segar. Tiada langsung ombak yang tinggi. Hanya alunan ombak yang kecil mengikuti sebuah melodi yang indah. Tenang.
Aku merasakan ketenangan untuk terus berada di sini. Semuanya dipenuhi ketenangan saja. Apakah maksudnya semua ini? Aku berada di mana?
P.s : amacam? best x cerpen ni? actually aku dlm pembikinan nk buat kompilasi... hmmm ak xtaw nk kategori kompilasi ap. tajuk pun mcm haram xbest, kan? xtawla genre ap cerpen2 ni... just bca and enjoy je...(Sukahati akula nk post cerpen apa pun, ak yg nk tulis kan?)