Dendam : Part 3
GAMBAR kelasku ketika tingkatan 4 aku padam. Niat memang ingin lupakan
sahaja memori itu! Dan kemudian, aku melihat kepingan gambar aku bersama
seorang adik angkat aku kenal ketika di situ. Aku kenal dia setelah beberapa
bulan masuk sekolah ni. Budak ni namanya Shazmir. Aku memang jarang bercakap
bila di sini. Tapi, bila dah ada bahan nak bercakap, aku memang banyak maklumat
nak kongsi.
Aku ingat lagi. Shazmir pernah tanya aku masa dia tingkatan 2. Ketika itu
aku tingkatan 4. Aku jenis jarang berbual bila di sini. Tapi, bila orang dah
menegur, takkanlah nak arrogant kot?
Jadi, aku beramahlah bila orang tegur. Suatu hari Shazmir tanya aku. Dan aku
dapat melihat dari raut wajahnya dan matanya bila mendengar jawapan aku.
“Pointer abang berapa?” tanya
Shazmir. Inilah persoalan pertama yang membawa kepada perkenalan kami.
Memandangkan aku berada di sekolah yang bukan calang-calang, sistem
pendidikannya pun bukan calang-calang. Kami belajar berdasarkan semester dan
kami mengumpul pointer untuk graduasi
bila semester 4 nanti(ketika itu akhir tahun ketika tingkatan 5. Hurm...
Maklumlah, sekolah berintegrasi tinggi. Jadi amalkan cara pembelajaran
berintegrasi). By the way, aku ada
juga pengalaman seperti belajar di kolej. Seronok la juga.
“Ala... Sikit je. Cukup-cukup makan.” Balasku ringkas. Sengaja tak mahu
beritahu. Dapat 3.59 je. Nak bangga apa. Kalau dapat 4.00, memang riuh satu
sekolahlah.
Wajah Shazmir ingin meminta kepastian berapa pointer aku sebenarnya. Tapi dia cuba sorok. Aku sengaja tinggalkan
persoalan untuknya. Aku memeriksa mesej daripada ibuku. Ibuku seperti tahu saja
arjunanya ni akan on telefon bimbit
selepas kelas prep. Dan semestinya, kawasan aku nak bermesej di lokasi bilik iron.
“Kau berapa?” sambungku.
“Kami dapat 3.56 je, bang. Tak sepandai abang.” Balasnya.
Kejap! ‘Tak sepandai?’. Dia tahu pointer
aku, tapi kenapa tanya? Musykil ni!
“Oh! Congratulation.” Ucapku
selamba.
Wajahnya tampak aneh.
“Apadia bang?” Tak dengar atau sengaja nak suruh ulang? Dahi aku pula
berkerut.
“Congratulation.” Balasku
ringkas.
Suasana bilik iron sepi seketika
sebaik sahaja ada pelajar tingkatan 2 masuk untuk menggosok baju untuk dipakai keesokannya.
Setelah pelajar tingkatan 2 itu selesai, barulah ruangan itu bergema semula.
“Senang tak Additional Mathematics?”
tanya Shazmir sambil memutarkan punat radio agar volume di kurangkan.
“Hurm... Senang tu senang. Tapi, pastikan jangan tinggalkan asas Matematik
ketika tingkatan 1,2 dan 3. Sebab Add
Math overall menggunakan asas
Matematik. Tapi dalam bentuk lebih tinggi. Jadi, jangan lupakan Matematik
selepas PMR.” Terangku seperti profesor.
Kenapa dia boleh tiba-tiba tanya aku fasal Addtional Mathematics? Sebab dalam batch aku kecoh yang aku ni pandai Add Math.Tapi aku pun rasa macam lemah je Add Math.
Shazmir mengangguk kepalanya beberapa kali. Faham ke dia?
Perbualan kami berhenti seketika.
“Abang, kenapa kami tengok abang selalu saja senyap? Muka abang selalu
nampak serius, tak nampak macam suka bergurau. Kadang-kadang, batch kami takut tengok abang. Tapi kami
tengok abang seolah-olah tak kesah mereka kutuk abang sejak kejadian hari
Keusahawanan tu.”
Direct questions kan bagus? Aduhai budak ni! Membelok kanan, membelok
kiri. Terus terang kepada soalan lagi mudah urusan.
Aku tersenyum sahaja. Entahlah. Terasa lucu pulak dah!
“Kau selalu usha aku ka?” tanyaku bercanda.
Wajahnya tampak pucat. Takut? Mungkin.
“Since sebelum aku masuk sini,
ramai yang dah kutuk aku. Mereka kata aku ni garang, ganas. Aku ni nampak
garang bila marah. Jadi, don’t try to
make me angry. Aku memang tak suka bila orang bergurau lebih tahapnya.
Kenapa? Sebab kerana gurauan, sebuah ikatan silaturrahim boleh terputus.”
Terangku.
Shazmir seolah-olah cuba mengelak daripada matanya melihat aku.
“Macam mana abang boleh hadapi diskriminasi dalam batch abang sendiri?”
Suaranya seolah-olah tersekat.
“Tak perlulah takut. Aku tak makan orang pun.” Balasku.
“Diskriminasi? Huh! Bila seseorang itu hampir mencapai kesempurnaan, pasti
akan ada segelintir dalam kalangan kita akan cemburu dan benci dengan kita.
Hawa nafsu kebencian mereka tinggi dan tak mampu nak dijaga lagi. Maka, mereka
menggambil inisiatif dengan menyakiti kita. Menyakiti kita dengan cara? Pertama
melalui emosi dan kedua dengan fizikal. Sebab itulah ALLAH swt telah melarang
kita untuk saling benci-membenci antara saudara. Kerana akan membawa kepada
pergaduhan. Diskriminasi adalah salah satu cara mereka nak sakiti kita.”
Terangku secara keseluruhannya.
Wajahnya tampat pucat lagi. Keringat di dahi mengalir setitis. Aku pun tak
tahu kenapa.
“Jadi, kita sebagai umat Islam, kita tak perlulah nak balas kejahatan
seseorang itu. Ingat! Apabila sebuah kebaikan dibalas kebaikan, itu normal.
Apabila sebuah keburukan di balas keburukan, itu karma. Apabila sebuah kebaikan
di balas keburukan, itu zalim. Tetapi, apabila sebuah keburukan itu di balas
kebaikan, itulah yang paling Murni.” Sambungku lebar.
Fulamak! Ayat gila power siot!
Aku tak sangka aku ni penyair juga. Ada bakat...
“Dasyatlah ayat abang! Kami harap kami dapat elakkan diri dari menjadi
orang yang memulaukan. Tapi abang selalu berdiam diri je bila mereka kutuk
abang, kenapa?” Balas Shazmir.
“Aku berdiam bukan kerana lemah, tetapi aku berdiam kerana aku ingin
melihat gelagat dan telatah mereka yang kurang kasih sayang. Aku ingin
berkongsi suasana yang mereka anggap kasih sayang buat mereka, sedangkan mereka
salah tanggap tentangnya.” Aku membalas dengan senyuman.
Wajah Shazmir lesu sedikit. Sedih? Mungkin.
“Aku minta maaf. Tapi aku harap kau bukan salah seorangnya...” Pujukku.
Senyumannya terukir sedikit.
Aku teringat nasihat Cikgu Zalikha. Cikgu Zalikha pernah
menghadapi seorang pelajar yang sama masalah dengan aku. Memang lumrah
kehidupan di asrama. Diskriminasi? Pemulauan? Kutuk-mengutuk? Dendam? Memang
selalu ada. Sama ada seseorang itu mampu hadapinya atau tidak, itu terserah
akan kekuatan hati seseorang. Aku tahu aku kuat, aku mampu hadapi semua ini!
Sebab itu aku mampu bertahan selama 2 tahun di sini.
###
HARI-HARI seterusnya, aku hidup di
asrama seperti biasa. Sehinggalah muncul Shaziq Filaiman ke sini semula ke
sekolah ni untuk menerima Anugerah daripada pengetua sekolah aku.
Aku bangun seperti biasa dalam pukul
5 pagi. Kedengaran aras aku riuh rendah. Pelik! Aku rasa hari ni bukan hari
raya atau hari kemerdekaan. Aku dapat melihat bebayang masuk ke dalam bilik aku
sambil menggerakkan Khairil. Pemilik katil sebelahku. Aku melihat sosok tubuh
itu. Bukan dari sekolah aku. Aku mengendahkan mereka. Aku mengambil baju untuk
di pakai hari ini lalu melangkah ke arah tandas. Sebaik melangkah keluar dari
bilikku, aku berselisih dengan DIA. Bahu
kami bertembung menyebabkan Shaziq yang leka bermain telefon melihat aku.
Mungkin kerana tidak perasan itu aku, dia meneliti telefonnya semula. Dan
beberapa saat kemudian, dia menoleh kepalanya ke arahku. Aku pula melangkah
dengan longlai ke tandas. Walaupun mata kami tak bersententangan, aku dapat
rasa dia tengah terkejut melihat kehadiran aku di situ.
Aku tersenyum seketika. Dan
senyumanku mati apabila terfikir bahawa Shaziq adalah bekas pelajar di sini.
Dan kemungkinan besar, geng-gengnya adalah geng Putra. Kenapa? Sebab Shaziq
adalah ruggers, manakala geng Putra semuanya geng rugbi. Aku berkerut dahi. Tetapi sebab malas nak fikir tentang tu, aku
meneruskan tindakanku ke tandas untuk mandi. Kejap lagi nak ke surau pula. Nak
solat Subuh berjemaah. Itulah rutin aku setiap hari.
Seronokkan?
###
Namun, kehidupan tak selalunya
indah. Hari itu, Farisya dan geng Putra mula naik kepala. Mereka bukan sahaja
telah menyakiti aku, tetapi telah membuat semua orang dalam kelasku membenci
aku. Mereka memang sudah melampaui batas.
Kejadian bermula apabila Farisya
beritahu padaku bahawa Cikgu Rashid panggil aku. Tujuan Cikgu Rashid memanggil
aku adalah untuk edarkan beberapa isi penting yang boleh dimasukkan untuk ujian
Sejarah esok pagi. Cikgu minta aku berikan kepada mereka semua malam ini juga.
Sebelum aku pergi, aku amanahkan Farisya untuk tolong susun atur meja dan
kerusi untuk ujian esok.
Setelah selesai berurusan dengan
Cikgu Rashid, aku lihat kelas aku belum tersusun apa-apa lagi untuk ujian esok.
Ya ALLAH! Kenapa dengan mereka ni? Susah sangat nak reunite. Aku meminta tolong Putra dan gengnya untuk tolong aku.
Tetapi, malangnya...
Mereka berdiri beramai-ramai dan
meninggalkan aku seorang diri dalam kelas. Tanpa membuang masa, terpaksalah aku
menyusun atur meja dan kerusi seorang diri. Aku menyusun atur mengikut kertas
yang telah pihak sekolah aku atur. Susunannya mengikut angka giliran. Setelah
selesai, aku lihat jam di tangan. Tepat jam 11.30 malam. Aku terlewat untuk supper aku di Dewan Selera. Terpaksalah
bancuh secawan oat chocolate malam ni. Huh! Aku menulis sesuatu di papan putih.
Duty rooster pada hari Rabu,
JANGAN MALAS jalankan amanah anda.
Kalau tak nak dipersoalkan di AKHIRAT lah....
P/S : Cikgu Rashid tinggalkan
bahan untuk exam Sejarah P3 atas meja guru. TQ.
Saja aku tulis ayat agak sinis agar mereka jalankan tugas.
Aku melangkah keluar dari kelas
sebaik sahaja selesai. Tetapi langkahku terhenti tatkala melihat Shazmir di
sebalik pintu sedang memerhatikan aku seorang diri menyusun atur meja dan
kerusi di dalam kelas.
“Kenapa abang tetap susun walaupun
abang seorang diri? Abangkan presiden kelas, kenapa abang tak suruh je mereka
buat?” tanya Shazmir.
Aku balas dengan senyuman.
“Kebaikan tak semestinya
ditonjolkan. Lelahnya aku malam ni, untuk keselesaan mereka esok menjawab
ujian. Tak mengapa jika aku sakit, asalkan pengorbanan aku dihargai.” Balasku
dengan kiasan.
Shazmir memandangku dengan mata yang
sukar ditafsir.
“Kau kenapa tiba-tiba ada sini?
Bukan kau blok menengah rendah ke? Macam mana boleh sesat ke sini?” tanyaku
bertubi-tubi.
Bola matanya melilau sebaik
menundukkan kepala. Mungkin cuba mencari alasan?
“Saya... Saya ke ATM kejap. Ambil
duit untuk minggu ni.”
Memang tak dapat dinafikan kerana
mesin ATM ada di sebelah blok menengah atas. Jadi, mereka terpaksa berjalan
melalui blok kami untuk ke mesin ATM.
“Kau tak nak balik dorm lagi ke?”
tanyaku.
“Nak balik dah ni.” Balasnya
ringkas.
“Jomlah!” ajakku.
Aku menuruni anak tangga dulu. Peluh
di dahi cuba aku kesat beberapa kali. Aku mengambil sapu tanganku dari poket
baju melayuku lalu di sapukan ke wajah. Letih!
“Abang larat ke layan karenah mereka
semua?” tanya Shazmir agar sunyi malam itu di pecahkan.
“Aku penat bila hasilnya sia-sia.
Tetapi bila membuahkan hasil, aku rasa amat bermakna.” Balasku.
Shazmir tampil wajah pelik. Aku
ketawa.
“Maksud aku... Hurm... Contoh! Kau
jawab soalan Matematik. Jika soalan Matematik itu kau dapat jawapan yang tak
betul, kau rasa tak puaskan? Rasa sia-sia. Tetapi bila kau cuba dan kau dapat
hasil jawapan yang betul, kau rasa puaskan?” aku berkias lagi.
Shazmir mengangguk faham.
Kami berbual kosong sahaja selepas
itu. Dari topik keluarga, masa depan, cita-cita dan apa harapan yang cuba
dikecapi. Sesampainya di blok asrama, aku masuk ke bilikku terus. Letih kerana
susun atur meja. Mereka yang sedang bermusyawarah makan di dalam bilikku tidak
aku endahkan.
Aku terus dibuai rasa letih...
Sehinggalah....
KEJAP! Bentak hatiku!
Aku rasa seperti sesuatu
aneh! Ada yang tak kena...
###
KEESOKAN harinya, aku
ke kelas lewat kerana kena warning
oleh warden. Bilik aku kotor kerana roomate
aku bawa makanan untuk majlis malam tadi. Huh! Geram sungguh!
Makan bukan reti nak bersih sendiri!
Aku juga yang kena.
Oleh sebab kena warning, aku terlambat untuk membaca untuk ujian Sejarah aku
sebentar lagi. Tak mengapa, hari ini ujian Sejarah kertas 3. Akulah batch pertama merasai openbook test. Bertuah kami! Lagipun,
Kementerian Pelajaran buat macam ni agar pelajar-pelajar mudah lulus dalam
ujian Sejarah dan kurangkan risiko gagal dalam subjek Sejarah.
Dua minit lagi ujian akan bermula
dan semua pelajar kelas 4 Sains 1 tekun telaah buku dan cari bahan untuk
menajwab ujian. Kami dibenarkan membawa masuk semua jenis bahan bacaan, ilmiah
dan maklumat. Tetapi, kami tidak dibenarkan membawa bahan bertulis seperti buku
nota. Entahlah kenapa.
Sebaik aku melabuhkan punggung,
penjaga ujian beri arahan untuk menyimpan semua barang. Aku Cuma ada buku teks
Sejarah Tingkatan 4, Buku rujukan Sejarah dan beberapa helai cetakan daripada
Cikgu Rashid semalam.
Kejap! Kertas tu? Ya ALLAH! Mana aku
letak kertas tu? Aku panik! Tetapi untuk sementara sahaja sebaik aku nampak
kepingan kertas itu ada di atas meja guru. Mungkin mereka semua dah ambil. Lega
sikit hatiku ini.
Dengan ucapan Basmallah, Aku mula
menjawab ujian Sejarah Kertas 3. Selama 3 jam aku menjawab 8 soalan yang
memerlukan sebelas muka surat berisi belakang dan depan tanpa henti. Huh! Boleh
buat cerpen bersejarah aku rasa.
Sebaik selesai menjawab ujian
Sejarah kertas 3, aku meletakkan kepala atas meja. Penat! Letih! Tak apalah,
semua isi yang cikgu Rashid beri memang sebiji masuk! Aku lega kerana dapat
kertas itu.
TETAPI...
Nadzri yang berada tidak jauh dari
meja aku seolah-olah sedih! Menghentakkan kepalanya beberapa kali. Pelik? Nak
bunuh diri pun, jangan kat sini. Aigoo!
Geng Putra mula mengurumuni Nadzri.
Farisya dan Jalil pula berada di meja guru. Mereka terkejut melihat kepingan
kertas di atas meja guru itu. Dan tiba-tiba...
Fadzrul muncul setelah 10 minit
hilang sebaik sahaja tamatnya ujian Sejarah kertas 3.
“Bahan-bahan tu cikgu bagi pada pres
dan dia suruh pres edarkan.” Fadrul menjerit membuatkan satu kelas melihatnya
yang tercungap-cungap dimuka pintu.
“Ni ka?” tanya Farisya sambil
mengangkat kepingan kertas yang cikgu Rashid beri semalam kepadaku.
Fadzrul mengangguk.
“Cikgu bagi dekat siapa suruh bagi
dekat kita?” tanya Putra kepastian.
“Pres kelas.” Balas Fadzrul.
Aku berkerut seribu kerutan. Ya
ALLAH! Aku merasakan sesuatu akan berlaku. Jantungku berdebar-debar.
Semua memandang ke arahku.
“Kau kelam sorang dan tak bagi tahu
kami pun!” jerit Jalil seolah-olah cuba memancing mata-mata agar melihat aku.
“Kau tahu tak betapa seksanya Nadzri
nak jawab exam tadi?” tanya Putra.
“Kau ni presiden kelas apa hah?
Bahan kelam sorang, tak kongsi satu kelas. Kau ni memang tak boleh harap
langsung!” Farisya pula menengking.
“Kejap! Kejap! Kau orang nak
salahkan aku?” tanya aku kepastian.
“Habis nak salahkan siapa? Mak cik
DS? Tentulah kau sebab kau sorang je ada kertas ni semalam!” jerkahan Jalil
menyentapkan aku.
“Dengar sini. Aku dah tulis notis di
papan, Takkanlah tak ada sorang pun tak boleh bagitahu? Aku nak bagi kat korang
semua malam semalam, tak ada sapa pun nak tolong aku susun atur meja. Aku
terpaksa tulis notis dekat papan, agar korang boleh sampaikan pada orang lain.
Takkan tak boleh inform kepada lain kot?” tanya aku pula.
“Bila kau tulis notis? Apa yang kami
nampak hanya notis sinis kau ja! Tak ada apa pun kat depan tu! Cuba kau tanya
satu kelas. Ada depa nampak?” Fadzrul mencelah.
Aku memerhati semua orang dalam
kelas. Kesemua 29 orang pelajar, tidak ada sorang pun mengaku nampak notis itu.
TETAPI... Aku memang ada tulis notis tu!
Aku dapat dengar beberapa
desas-desus yang cuba mengutuk dan memaki aku. Manakala Farisya bersama Putra
tersenyum sinis.
“Kau tak nak mengaku lagi?” tanya
Fadzrul.
Aku tak dapat bertahan
lagi. Kaki aku seolah-olah cuba berdiri, tetapi tak mampu dek getaran lututku.
Semua cuba meletakkan salah kepadaku. Aku tak mampu berdiri lama di dalam
ruangan itu. Aku terus melangkah keluar dari kelas. Semua di dalam kelas
membenci diriku. Aku seolah-olah suatu bahan yang jijik di mata mereka. Aku tak
tahu mahu berlawan kata kerana bukti tiada untuk menegakkan kenyataan aku.
###
AKU dimalukan dihadapan orang ramai.
Malam itu, sebelum tamatnya kelas prep, aku beranikan diri meminta maaf di
hadapan khalayak ramai. Di hadapan pelajar 4 Sains 1.
“Aku minta maaf. Mungkin salah aku
atau ada sedikit masalah sehingga menyebabkan kau orang tak tahu kertas edaran
tu. Aku minta maaf sangat-sangat.” Itu sahaja yang mampu aku ucap.
Mereka memulaukan aku. Percakapanku
seolah-olah macam tunggul. Seminit lagi sebelum 11 malam.
“Aku tengah cakap dengan korang.
Korang dengar tak?” tanya aku.
“Eh! Kau dengar ada orang cakap
tak?” tanya Putra seolah-olah membahankan aku.
Semua menggeleng.
“Hantu la kot?” sambungnya.
Pedih! Sakit sangat hati aku.
“Kenapa dengan korang? Kenapa korang
mudah menghukum?” tanya aku.
“Kau memang patut dihukum. Ada hati
nak cakap dengan kami! Cermin diri kau yang macam Godzilla je aku tengok.”
Jerit Jalil.
“You,
you cakap dengan siapa tu?” tanya Farisya seolah-olah aku tak wujud di
hadapan mereka.
“Eh! I rasa macam ada hawa yang merimaskanlah dalam kelas ni. Dahlah
semua, jomlah keluar. Rasa menjengkelkanlah duduk dalam bilik ni.” Putra
mengajak satu kelas mengosongkan kelas.
Tidak sampai seminit, kelas telah
pun kosong.
Tinggal aku seorang berdiri. Cuba
menggagahkan diri setelah apa yang mereka telah buat pada aku. Air mata
jantanku mengalir. Setitik jatuh demi setitik. Aku tak mampu berdiri lagi. Aku
terduduk melutut.
Tiba-tiba... Aku terdengar tapak
kasut seseorang dari belakang kelasku. Aku mengangkat wajahku. Kejutku bukan
kepalang!
“Kau biarkan mereka pijak kau!”
balas dia yang mirip wajahku.
“Aku hanya nak tolong mereka
sahaja.” Balasku.
“Kau bukan tolong! Tapi kau
menyusahkan diriku dengan mereka yang sia-sia.” Balas diriku lagi satu.
“Tak!” aku terpekik!
“Kau ada kuasa itu. Kau ada kuasa!
Hak kau!” balas dia yang berwajah aku.
Aku melihat wajahku dengan renungan
yang dipenuhi kerutan.
“Pergi kau!” jeritku!
“Pergi kau syaitan!!!” Aku tahu itu
bukan aku. Itu Syaitan yang berbisik.
“Kau panggil diri kau Syaitan?”
balasnya dengan ketawa mengherdik.
Aku tak mampu buat apa lagi. Aku
mengangkat tanganku lalu menolak ke depan. Setelah itu, beberapa batang pensel
keluar dari kotak penselku lalu melayang terbang menembusi diriku lagi satu.
Hilang!
Bayangku lagi satu hilang sebaik
sahaja aku membuka mata.
“Apa semua ini?” aku bersoal penuh
tanda tanya. Tiba-tiba aku merasakan tubuhku lesu.
Beberapa saat, aku terbaring di atas
lantai. Mataku menjadi kabur. Perlahan-lahan cuba menutup. Tetapi aku sempat
merakam sosok tubuh masuk melalui pintu depan kelasku.
Siapa dia?
Bersambung...
No comments:
Post a Comment