Aku merapati kakakku setelah aku reda dari tangisan. Mataku jelas lebam-lebam seperti baru menangis.
“Akak, maafkan adik. Adik takkan hilangkn lagi.” ucap aku.
Kakakku tetap menulis butiran di dalam kertas kerjanya. Layanannya begitu benci padaku. Sejak dia mengandung anak pertamanya, kakakku selalu saja bermasam muka apabila aku menegurnya atau bercakap dengannya. Ada ketika itu, salah faham antara kakakku berlaku.
“Aku tahu kau dari dulu benci aku. Tak payah layan aku macam ni. Lebih baik aku berambus.” Tengking kakakku.
Aku hanya menundukkan kepala. Aku tidak tahu apa dosa ku kepadanya. Adikku sekali-sekala menjeling kea rah aku dengan jelingan yang amat tajam. Perubahan sikap kakak yang mendadak berubah bersama sikap adikku. Sekali-sekala dia mengeluarkan kata-kata yang amat menyinggung perasaanku. Pernah kawan-kawanku memberi nasihat agar cuba tegakkan hak aku. Tapi aku tak sanggup sebab aku menghormatinya seperti kakakku walaupun dia bukan kakak kandung ku.
“Aku tahu aku bukan kakak kandung kau. Kau semakin besar semakin menyusahkan aku.” Sindir kakakku.
Aku yang tersinggung dengan kata-kata pedas mengalirkan air mata tanpa disedari.
“Menangis macam perempuan. Tak guna jadi lelaki kalau menangis.” Sindir kakakku lagi.
Aku bingkas bangun lalu meninggalkan kakakku.
“Baru marah sikit, dah nangis. Tak malu.” Sindiran kakakku jelas menghiris emosi dan hatiku.
Kejadian itu tetap aku ingat dan pendam. Pernah ketika dahulu, aku cuba melawan. Tetapi, sindiran kakakku begitu pedas.
“Kimi bukannya ada kelas malam ni. Yang akak nak halau sangat kimi dari rumah ni kenapa?” balas Aku.
“Menjawab pula kau ni. Tak sedar diri. Kau ni makin lama, makin benci dan jahat aku nak layan.” Ucap kakakku.
Aku tiba-tiba menjadi sebak apabila ungkapannya menjadi begitu pedas. Tidak menjawab, salah. Menjawab, salah juga. Walaupun sebelum ini aku pernah berbuat salah, aku tidak mengulanginya selepas itu. Ibu ku pernah berkata bahawa apa yang ibuku beri pada kakakku itu sebenarnya milik aku serta adik-adikku.
Seingat aku, aku pernah mengadu kepada ibu bapaku tentang layanan kakakku. Ibu bapaku menegur dan memarahi kakakku. Aku bayangkan apabila aku luahkan pada ibu bapaku, dia akan sedar diri. Tapi dia lebih marah dan benci padaku. Setelah itu, aku tidak mengadu pada ibu bapaku lagi. Aku selalu bercakap seorang diri atau lebih kepada luahkan perasaan seorang diri. Ada sekali adik bongsuku mendengar umpatan yang aku luahkan. Dengan segera dia melaporkan kepada kakakku.
“Apa yang aku pinjam dari kau?” tengking kakakku.
Kakakku muncul secara mengejut. Aku terpegun kaku.
“Hang ingat hang bagus sangat? Makin lama hang ni tak guna.” Tengking kakakku.
Gelaran aku bersama kakakku yang dulu panggil ‘kakak adik’ kini berubah ‘aku hang’. Aku tersinggung dengan cara percakapannya. Hatiku mudah dihiris. Aku mengalirkan air mata.
Aku berundur setelah teguranku tidak dilayan. Sebak hatiku apabila dilayan seperti ini. Semua kerana sebatang pensil yang aku pinjam dan hilang begitu saja. Aku juga tidak mengingati keberadaan pensil tersebut. Puas sudah aku mencari, tetapi kakakku tetap berdegil dan ingin ganti rugi. Sekali lagi aku menuju ke skuter kesayangan aku lalu keluar dari perkarangan rumah dalam keadaan air mata bercucuran.
Kepergian aku tanpa pengetahuan adik-adik aku. Sebelum keluar dari rumah, aku sudah pun menelefon ibu ku kerana dia tiada di rumah. Aku tidak sedar juga diri aku diekori adik bongsuku yang menaiki motor kapcainya. Aku memakirkan skuter di tepi jalan lalu merapati bangku berdekatan tasik dan taman permainan. Aku luahkan seorang diri disitu.
Setelah berjam-jam aku berada disitu, aku pulang ke rumah. Tidak diduga lagi. Kakakku seranah aku.
“Hang pergi dari sini. Aku benci tengok muka hang kat sini.” Seranah kakakku.
Sekali lagi aku menangis. Aku sebak. Sakit menahan seranahnya yang melampaui batas. Aku tidak larat membalasnya. Aku menuju ke skuter aku walaupun jarum sudah pun menunjukkan jam 6 petang. Aku membawa skuter ku tanpa hala tuju. Aku melayan jiwa aku.
Malam sudah pun melepasi larut malam. Aku masih berada dirumah sahabat baikku. Dia menghidangkan secawan coklat panas lalu duduk berhadapan aku.
“Mak kau kata, nanti dia datang.” Aku hanya tersenyum.
Sebaik saja aku menghabiskan coklat tersebut, kakakku muncul lalu merapati aku dalam keadaan teresak-esak.
“Akak minta maaf. Akak tahu akak salah. Aku selalu dengar khabar dari Acik tanpa tanya sebab pada Kimi.” Pohon kakakku yang hampir saja melutut dihadapanku.
Aku menghalangnya.
“Tak apa. Kimi dah maafkan.” Balas aku.
#jgn copy pes dan buad jd karya ampa noh... km nk luahkn jew... karya ni milik Admin... klw ada pihak penerbit nk publishkn... mesty credit admin dulu....