Wednesday, 6 November 2013

Rindu?

     " Rindu itu ialah cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kehinaan. Maka rindu tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Boleh jadi, orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu yang disertai kerendahan dan kehinaan. Termasuk amalan hati, yang manusia tidak mampu menguasainya. Tapi manusia akan dihisab atas sebab-sebab yang diharamkan dan atas hasil-hasilnya yang haram."
I don't knoaw wanna to write what. I really gonna miss it so much. All the memories I have discovered for many years. And now, I have to catch it so I couldn't suffer like this again. 
Serious! Aku memang tak mahu lupakan semua kenangan tu. Malah, aku cuba nk kejar semula dan bangkit untuk dapatkan dia semula. Aku nk sebuah silaturahim yang hancur itu dibaiki semula. Aku harap sangat semua ini hanya mimpi buruk yang aku alami untuk rapati dia.
Mmg seperti lirik dalam lagu 'Two is better than one'.

'Maybe, It's true that 
really miss you'
'It's true that I can't live without you.'
'I'm thinking Two is better than one....'
Semua ini xkn mudah utk dihadapi jika aq lemah semangat dan jatuh di tngh pertempuran. Aku perlu kuat utk mencapainya! Mahu,tak mahu, aku kene jugak DAPATKAN MASA LALU YANG TELAH LAMA MENINGGALKAN AKU KE BELAKANG~!!!

Friday, 25 October 2013

Selepas PMR (2013)

Alhamdulillah! PMR dh pun berlalu. Skrg ni, hari-hari dilalui dgn penuh kebosanan. Nak on9 FB pun mcm xde guna dh. Bosan sngt2. Klw x, sblm ni berkwn dgn buku. Berkwn dgn Ilmu2... Hurm, skrg satu pun rsa bosan nk buat. Hnya buku2 novel shja yg menemani. Mmg best bca novel. Apatah lg, klw novel Seram/Thriller/Adventure. Mmg feeling habes! Lepas PMR, aku smpatlh beli dua novel.

Yang pertama novel 'Cerita Satu Malam'. Habis baca dalam 3 hari je(Terserlah btpa bosannya aku slpas PMR.) Best oo crite novel ni. Dia kisah psal Rizal yg baru bekerja kt satu bangunan perlancongan. Pas2 masa dia balik, dia terserempak dgn seorang lelaki nama Kadir. Lelaki tu bekerja sbg Jaga bangunan tu. Dia kata bangunan tu mmg berpuaka. Dalam satu mlm, dia cerita psal 3 crita. Semuanya berdsarkan kisah psal bangunan tu. Tp, ending dia mmg meremang bulu roma. Jangkaan novel ini mmg terlalu 'ekstrem'. Bca tngh2 malam, confirm dh rsa dihantui....
[CERITA SATU MALAM - ZAIFUZAMAN AHMAD]

Aku mula bca novel karya Zaifuzaman Ahmad sejak baca novel 'Bilik 616'. Pas2 aku bca novel diayg bertajuk 'Bicara sebuah diari'. Maklumlh, Aku memang minat novel seram2.

[BICARA SEBUAH DIARI -Zaifuzaman Ahmad]

"Kisah pasal seorang penulis skrip yang cuba yg mendpt idea untuk tulis skrip mistik. Dengan tak sngja, dia sendiri terlibat dalam sebuah kes pembunuhan misteri."

[BILIK 616 - Zaifuzaman Ahmad]

"Kisah tentang sebuah resort yang mempunyai bilik yang akan memakan manusia."
(Itulah ringkasan yang seringkan2nya..)

Sblm bca novel hasil karya Zaifuzaman Ahmad, aku obses dgn novel RAM(Ramlee Awang Mursyid). Xkn xkenai kowd? Penulis novel Thriller No. 1 di Malaysia. Sblm novel RAM, aku lebih giat bca novel cinta... hehe... Ada lebih kurang 6/10 novel abg RAM yg aku dh bca. Antaranya ialah Ranggau, Mikhail, Rayyan Fantasi, 9 Nyawa, Fiksyen 302, Ungu Karmila dan yang paling latest tajuk Aku Bercerita.


NOVEL KARYA RAMLEE AWANG MURSYID









[Semua yg atas tu aku dh bca. hehe... jenuhlh nk buat summary satu2 novel.]


 Aku beli novel Aku bercerita 2 bulan sebelum aku nak exam Percubaan PMR. Lepas beli novel tu, terus aku baca. huhu... Obses sngd nk bca. Dan skrg RAM dh keluarkan novel baru tajuk MAGIS. Dia gabungkan 5 watak novelnya yang du
lu menjd satu. Terbaiklah abg RAM!!! Klw novel Aku Bercerita, dia menggabungkan 5 kisah bersama watak dia sendiri untuk menggerakkan 5 kisah.Mmg hasil yg bagus abg RAM! Goodjob! Nnti aku nak usahakan pengumpulan duit utk beli novel baru dia tajuk MAGIS.





Pastu 2 hari lepas habis bca novel 'Cerita Satu Malam', aku beli novel 'Halusinasi' karya JESSY MOJURU(Org Sabah yg tulis! Daebak!!!) . Sebuah novel seram jgx. Mmg seram jugx. Trailer Novel dia pun mmg siap ada caption.

  "AMARAN : BAGI YANG LEMAH SEMANGAT DILARANG MENONTON KLIP INI!!!"


Ternyata memang benar! Klip awal2 dia pun dh mmg lemah jantung dh. Hahaha... siapa sanggup nk tngk, silalah taip di 'Google' "Trailer Novel Halusinasi". Klip dia ad 2. Satu yg pendek, satu lg yg pnjang. heehehehe...Confirmed x tidoq malam dh!

[HALUSINASI-Jessy Mojuru]


BTW, Novel Halusinasi ni cuba aku khatamkn dlm 2 hari sbb novel ni agak tebal dari biasa. ad lebih dari 700 Muka surat. Fiksyen 302 pun tebal tp kurang m/s drpda novel Halusinasi. (Aku lebih suka novel tebal2 supaya lambat habes! Lgpun lmbt lg nk abeh skolah.)
******************

Mmg hari2 aku diisi dgn bca novel skrg ni! Pergi sekolah lepas PMR pun bukan ad function! Program lepas PMR semua bosang!!!(kluaq dh bhsa tengganu!) Dhlah divide2 bukan ikut kehendak! bosan lah klw mcm 2. Klw xp skolah plak, xfsal2, surat gantung skolah dihantar oleh Tuan Pengetua tepat di kotak sampul rumah aku! (Nyebalin!!! *Bahasa Indon plak!)

Dlm masa yg sma. Bleh aku siapkn jgx cerpen2 dan Novel yg 'hang' sbbkn PMR. Aku cdgkn, yg novel Roh pelarian tu aku nk pilih satu je dan muatkn dlm sebuah novel tajuk "Kisah HORROR". Hehehe... Sememangnya novel Roh pelarian akn di deletekn. Sbb aku nk jimatkn msa. Pas2 aku nk smbung 7 cerita dlm novel tu include dgn penggerak cerita. Tp, mmg setiap cerita tu adalah golongan Horror/Thriller dan Adventures. Exam PMR pun dh abeh, apa lg? Berkaryalah! hehe... Aku decide nk hantar bende tu bila dh siap. Slpas 2 aku nk fikir psai kemasukan aku ke MRSM. hurm, aku nk g MRSM Transkrian. Aku mmg lma dh idam nk tinggal kt Asrama Maktab! Aku suka Abnormal! hehe..
Oklah! Setakat inilah entry aku! Aku nak rehat sbb ari ni aku xpergi ke skolah.(Bukan ad ap pun kt skolah. Ramai yg xp skolah ari ni.!!!)

Bye, Assalamualaikum!!! ^_^V

Friday, 3 May 2013

PMR, SPM and USM >.<'

HURM... lma juga xupdate blog ni... dan tak lma lg aq PMR... mampoih gua la... skrg dh smpai Ujian PRA-PMR 2... next will be percubaan... percubaan lh tahap soalan yg menjerut pelajar... soalan PMR lebih rendah dri percubaan... ergh! that's will be hurting me...
tak apa... aq rela demi USM PULAU PINANG...
PADANG USM PULAU PINANG.

kt USM mmg bez... aq slalu p ngan family aq.. sbb mak ayah aq student sna... dan ayah ma aq dh own abeh pengajian kt sna... aq mmg respect mak ayah aq... Doakn aq supya dpt masuk Institusi ini... mmg aq gile2 idam... aq hrp aq dpt p sna ngan murid aq sorg ni. dan abg angkat aq... kkak angkat aq own janji nk jumpa kt sna bile aq dpt p sna... xcukup dgn pengajian utk org pandai, ad jgx permandangan Universiti yang cantik... cthnya...

VIEWS FROM CAFE.

mmg cantek an? ni salah stunye... klw nk tngk view cantik lg kt USM, doakn agar aq dpt p sana... bile dh dpt p sna, aq ambx bnyk pics then aq shared... hahax... aq dh try p tngk view ni... mmg view lg cantek dri gambo...

sebelum nk cpai ke USM... aq kene hadapi SPM dan PMR... PMR mak aq kta.. aq perlu usaha skid.... yg bnyk tu kt SPM... ttp, mak aq kta aq perlu dpt sekurang2nya... 7A 1B for PMR.. ergh! gigit jarilah aq.... aq target scn, sej, math, geo, bm, bi dan KH A.... Pendidikan Islam B... sbb aq xbrapa paham format P. Islam... hurm... dh settle tol PMR... masanya aq naik jambatan yang mempunyai bnyk simpang... aq pilih simpang Sains Tulen... Then, aku perlu lalui simpang itu dgn tiket tol PMR...


setelah settle down... aq kene fokuskan jalan smpai ke TOL ke dua... iaitu TOL SPM... hurm... Tol SPM aq target percubaan 8A 1B... klw SPM sbnr... aq nk target 9A... KIMIA, BIOLOGY, FIZIK, ADD MATH, SEJARAH, BM, BI, P. ISLAM dan MATH MOD... mmg aq target kesemuanya A...dpt je green A... aq akan menanti didepan USM...


Aq menanti untuk masuk... menanti pengawal itu memberi tanda HIJAU untuk masuk... Setelah aq masuk, aq akn cba capaikn impian aq, ayah aq dan ibu aku... hurm... pnjang lg... tp inilah masanya aq pikirkn... kwn2 aq kta... aq ni kalut...tp it's okay... mak ayah aq kta bagus la aq ad tujuan hidup dri berfoya2 dri form 3... hurm...

okeylah... stakat tulah entri ari ni... ad masa, aq update lg... sudi2 la bca... hurm... DOAKAN AKU BERJAYA MASUK USM P.PINANG SELEPAS SPM... >.<'''

^_^V *Dolah...

Saturday, 19 January 2013

Kerna Sebatang Pensil [CERPEN] (Kisah benar)


Aku merapati kakakku setelah aku reda dari tangisan. Mataku jelas lebam-lebam seperti baru menangis.
“Akak, maafkan adik. Adik takkan hilangkn lagi.” ucap aku.
Kakakku tetap menulis butiran di dalam kertas kerjanya. Layanannya begitu benci padaku. Sejak dia mengandung anak pertamanya, kakakku selalu saja bermasam muka apabila aku menegurnya atau bercakap dengannya. Ada ketika itu, salah faham antara kakakku berlaku.
“Aku tahu kau dari dulu benci aku. Tak payah layan aku macam ni. Lebih baik aku berambus.” Tengking kakakku.
Aku hanya menundukkan kepala. Aku tidak tahu apa dosa ku kepadanya. Adikku sekali-sekala menjeling kea rah aku dengan jelingan yang amat tajam. Perubahan sikap kakak yang mendadak berubah bersama sikap adikku. Sekali-sekala dia mengeluarkan kata-kata yang amat menyinggung perasaanku. Pernah kawan-kawanku memberi nasihat agar cuba tegakkan hak aku. Tapi aku tak sanggup sebab aku menghormatinya seperti kakakku walaupun dia bukan kakak kandung ku.
“Aku tahu aku bukan kakak kandung kau. Kau semakin besar semakin menyusahkan aku.” Sindir kakakku.
Aku yang tersinggung dengan kata-kata pedas mengalirkan air mata tanpa disedari.
“Menangis macam perempuan.  Tak guna jadi lelaki kalau menangis.” Sindir kakakku lagi.
Aku bingkas bangun lalu meninggalkan kakakku.
“Baru marah sikit, dah nangis. Tak malu.” Sindiran kakakku jelas menghiris emosi dan hatiku.
Kejadian itu tetap aku ingat dan pendam. Pernah ketika dahulu, aku cuba melawan. Tetapi, sindiran kakakku begitu pedas.
“Kimi bukannya ada kelas malam ni. Yang akak nak halau sangat kimi dari rumah ni kenapa?” balas Aku.
“Menjawab pula kau ni. Tak sedar diri. Kau ni makin lama, makin benci dan jahat aku nak layan.” Ucap kakakku.
Aku tiba-tiba menjadi sebak apabila ungkapannya menjadi begitu pedas. Tidak menjawab, salah. Menjawab, salah juga. Walaupun sebelum ini aku pernah berbuat salah, aku tidak mengulanginya selepas itu. Ibu ku pernah berkata bahawa apa yang ibuku beri pada kakakku itu sebenarnya milik aku serta adik-adikku.
Seingat aku, aku pernah mengadu kepada ibu bapaku tentang layanan kakakku. Ibu bapaku menegur dan memarahi kakakku. Aku bayangkan apabila aku luahkan pada ibu bapaku, dia akan sedar diri. Tapi dia lebih marah dan benci padaku. Setelah itu, aku tidak mengadu pada ibu bapaku lagi.  Aku selalu bercakap seorang diri atau lebih kepada luahkan perasaan seorang diri. Ada sekali adik bongsuku mendengar umpatan yang aku luahkan. Dengan segera dia melaporkan kepada kakakku.
“Apa yang aku pinjam dari kau?” tengking kakakku.
Kakakku muncul secara mengejut. Aku terpegun kaku.
“Hang ingat hang bagus sangat? Makin lama hang ni tak guna.” Tengking kakakku.
Gelaran aku bersama kakakku yang dulu panggil ‘kakak adik’ kini berubah ‘aku hang’. Aku tersinggung dengan cara percakapannya. Hatiku mudah dihiris. Aku mengalirkan air mata.
Aku berundur setelah teguranku tidak dilayan. Sebak hatiku apabila dilayan seperti ini. Semua kerana sebatang pensil yang aku pinjam dan hilang begitu saja. Aku juga tidak mengingati keberadaan pensil tersebut. Puas sudah aku mencari, tetapi kakakku tetap berdegil dan ingin ganti rugi. Sekali lagi aku menuju ke skuter kesayangan aku lalu keluar dari perkarangan rumah dalam keadaan air mata bercucuran.
Kepergian aku tanpa pengetahuan adik-adik aku. Sebelum keluar dari rumah, aku sudah pun menelefon ibu ku kerana dia tiada di rumah. Aku tidak sedar juga diri aku diekori adik bongsuku yang menaiki motor kapcainya. Aku memakirkan skuter di tepi jalan lalu merapati bangku berdekatan tasik dan taman permainan. Aku luahkan seorang diri disitu.
Setelah berjam-jam aku berada disitu, aku pulang ke rumah. Tidak diduga lagi. Kakakku seranah aku.
“Hang pergi dari sini. Aku benci tengok muka hang kat sini.” Seranah kakakku.
Sekali lagi aku menangis. Aku sebak. Sakit menahan seranahnya yang melampaui batas. Aku tidak larat membalasnya. Aku menuju ke skuter aku walaupun jarum sudah pun menunjukkan jam 6 petang. Aku membawa skuter ku tanpa hala tuju. Aku melayan jiwa aku. 
Malam sudah pun melepasi larut malam. Aku masih berada dirumah sahabat baikku. Dia menghidangkan secawan coklat panas lalu duduk berhadapan aku.
“Mak kau kata, nanti dia datang.” Aku hanya tersenyum.
Sebaik saja aku menghabiskan coklat tersebut, kakakku muncul lalu merapati aku dalam keadaan teresak-esak.
“Akak minta maaf. Akak tahu akak salah. Aku selalu dengar khabar dari Acik tanpa tanya sebab pada Kimi.” Pohon kakakku yang hampir saja melutut dihadapanku.
Aku menghalangnya.
“Tak apa. Kimi dah maafkan.” Balas aku.


#jgn copy pes dan buad jd karya ampa noh...  km nk luahkn jew... karya ni milik Admin... klw ada pihak penerbit nk publishkn... mesty credit admin dulu....